Thursday, 19 November 2015
Cerita Dulu - Kisah UPSR
saya ambil nih dari newsfeed FB...dan ternyata saya amat bersetuju dengan sedara nih tentang apa yang diperkatakan..
sebab apa? sebab nowdays, (tolak tepi kes parents hantar kindy awal in term of babysitting) seems like ada parents (not all yer) yang berlumba lumba nak hantar anak ke sekolah / kindy yang terbaik dari seawal umur 2 tahun dengan harapan anak tu dapat pendedahan awal kepada dunia pembelajaran and semoga menjadi cerdik / pandai dengan cepat and nanti setiap kali peperiksaan kebangsaan..mampu memberikan jumlah "A" yang dapat membuatkan ibu bapa tersenyum bangga..mungkin juga bole dibuat modal bercerita sesama jiran sekampung / jiran setaman..
kadang-kadang saya jadi takut dengan persaingan masa sekarang..sebab pe? too many budak pandai!..hehe..dulu kalau nak masuk MRSM / SBP agaknyer boleh dibilang ngan jari..sekarang..punyala ramai genius genius Malaysia..kena buat pemilihan ketat lagi nak select masuk..saya rasa budak-budak sekarang sebelum masuk tadika pun da pandai membaca dan menulis.saya ada jugak la terpikir apa agaknyer nak dibuat bila dah masuk tadika nanti bila dah pandai-pandai belaka..hehe..bagus la sebab ibu bapa dah memberi penekanan terhadap penguasaan membaca dan menulis sedari rumah..nanti masuk sekolah senang "catch-up" orang kata
tetapi how I miss during our old times..we learn step by step from tadika..belajar sambung-sambung titik..mewarna..then bila masuk darjah satu baru belajar membaca..mengira...untuk mengatakan pembelajaran masa dahulu out of date rasanya tidak..sebab semua Doktor, peguam, guru, Perdana Menteri yang ada sekarang pun hasil dari pembelajaran cara dahulu..
saya tak nafikan sebab sebagai parents, saya jugak nak yang terbaik untuk anak saya..siapa yang taknak anak berjaya dalam hidup?? saya jugak hantar anak ke kindy masa usia 2 tahun walaupun sekejap..tapi reason utama adalah sebab nak babysitter dekat ofis
tetapi, jika kita terlalu menekankan aspek kejayaan itu terlampau penting dalam hidup sehinggakan nila-nilai yang lain yang perlu jugak dititikberatkan agak terabai..dan siap-siap ditanam dalam mindset anak-anak bahawa mendapat jumlah " A" yang banyak dalam setiap peperiksaan adalah bukti kejayaan hidup and bakal mendapat masa depan yang cerah..anda kemungkinan silap!
dulu-dulu, saya jugak berada dalam keluarga yang mementingkan " jumlah A"..pada tahun 1 - 3, saya sentiasa mendapat tempat pertama dalam kelas..semua matapelajaran dapat "A"and semua orang gembira dengan situasi itu..tetapi apabila menginjak ke tahun 4, pelajaran semakin susah dan saya mula mendapat result yang kurang memberansangkan..selalunya dapat no.6..and even worst pernah dapat no.23..haha..yang pastinya tiada lagi no.1..masa tu saya ada la rasa bit depressed..orang sekeliling asyik mempertikaikan keputusan itu dengan alasan saya main banyak lah..saya tido banyaklah...dan jugak komplen saya tengok bola Man Utd banyak lah..(haha..I am die hard fan last time)
saya berusaha jugak dan akhirnya masa UPSR saya tetap tidak cemerlang..saya hanya mampu dapat 4A1B..mereka mempertikaikan why must have 1 B which is science sebab bila B itu adalah sains..ada sedikit rasa kecewa kerana harapan yang menggunung untuk menghantar saya ke MRSM..(saya sebenarnya taknak pun pegi MRSM)
Saya mengharapkan at least ada lah ucapan yang boleh mebakar semangat..ada memang ada tapi hakikat yang nyata..tanggapan masyarakat tetap lah hanya yang mendapat "5A" itu lah yang cemerlang..huhu..lagi sedih bila di sekolah, guru-guru seolah-olah memulaukan murid yang tidak mendapat "5A"..macam lah kami ni end up jadi sampah masyarakat!
sejujurnya, dek kerana persepsi sebegitu, saya melalui zaman persekolah dan pengajian yang agak "strict" sebab perlu maintain result untuk show-off to the rest "sanak sedara"..walhal..I did not have 100% interest to study..bole saya katakan, semua result yang saya dapat sebenarnya untuk tujuan menggembirakan hati orang-orang tersayang...ye lah..tak sampai hati nak buat sambil lewa time study sebab nanti kesian mak asyik dengar cerita pasal anak orang jer..huhu
bukan nak kata saya menidakkan kebenaran bahawa bila result cemerlang masa depan cerah and result tak cemerlang masa depan gelap..tapi..buktinya..sebagai pemegang ijazah sarjana muda kimia dengan kepujian kelas pertama...tetapi akhirnya, end up I'm doing tender and proposal at Dialog..100% not related to my major degree..kecemerlangan dalam degree tak menjamin pekerjaan saya jugak harus dalam area "Chemistry"...so apa guna result Chemistry tuh? and until now I keep asking myself..why on earth I must choose to pursue degree in Chemistry???..masih tak berjawab..hahaa..mungkin nanti Aqeil belajar Chemistry tingkatan 4 then only I could help him solve the problems..
so, do not justify people based on their "A' s while at school..they might not have any "A"'s during national exams..but in future, they most likely will be a successfull entrepreneurs or even hold a high position with their own effort...rezeki semua Allah yang bagi..ada usaha ada la kejayaan..
so, untuk Aqeil, mama takmo lagi sejarah silam tuh berulang..I've been there..I've taste it..mama takkan obsess in making you the next Malaysian genius..better kamu belajar sebab memang its your passion..bukan sebab paksaan dari sesiapa..result yang cemerlang memang akan membuka banyak peluang kejayaan..tetapi gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya...tak sekolah elit pun takpe..tak pegi Oxford pun takpe..at least you learn the life in an enjoyful ways...
Disclaimer: Parents saya tetap yang terbaik untuk saya dalam menyediakan kemudahan pembelajaran ..cerita ini sekadar luahan dari seorang bekas pelajar and ibu kepada anak yang nanti akan jugak jadi pelajar...with A's or without A's..I am a cool mother..;p
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment