Pages

Wednesday 28 March 2018

[Review] - JURLIQUE Hydration Set (Rose Range)

Rasanya dari tahun lepas lagi ada masalah skin breakouts nih. Pernah cuba DIOR hydration range, Hada Labo skincare range, L'occitane skincare range and latest nih try Caudalie nyer set range akibat terpengaruh skincare review by Elfira Loy kat Youtube ahakss...pun nan hado jugak nak elok muka aku nih. Membazir gila beli nak dekat RM600 walaupun tak full set tapi rasa nak pengsan jugak lah bila try tengok-tengok ehhhh tak sesuwai ngan ahkak rupanya huhu..nasibla beli dekat Sephora so point jadi banyak ;p
 
Dulu dulu masa sekolah okay aje takde masalah siap boleh buat macam ni - harini pakai pencuci muka A sebat yang mak punya, esok try pencuci muka B sebab adik punya and lusa pencuci muka C beli baru kat kedai hahaha.. elok je takde pun masalah. Sekarang nih je agaknya akibat makin tua makin kurang nutrient kat muka tu yang cepat je nak breakout *sigh*

JURLIQUE HYDRATION SET (ROSE RANGE)

Jurlique ni aku kenal dah lama dah sebab pernah try facial treatment nya yang tersangat best somewhere 2015 kut (beli Groupon). Tapi time tuh takde terpengaruh pun dengan skincare dia sebab biasala manusia bila takde masalah, why bother..why bother...gitteww haha
 
Nak dijadikan cerita, dalam dok berkira-kira either nak terpengaruh beli Youth Skincare Shaklee or Botanical Effect Mary Kay, akhirnya terjebak jugak nak try Jurlique sebab review dari ofismate, cleanser dia best. So mohler ke The Curve sebab ada butik Jurlique dalam tuh.
 
Seperti biasa farhana yang mudah terpengaruh nih - kalau dia cakap nak pergi usha je memang tak ler kan. So bila dah dalam kedai, ada one lady entertain kitorang and bagi try test clanser dari pelbagai range and end up, aku ambil hydration set (rose range) as below :


ROSE MOISTURE PLUS - MOISTURISING CLEANSER


hasilnya setelah almost 2 weeks?

muka ku tetap seperti biasa haha cuma after 1 week start naik jerawat halus and ngelupas area pipi still jugak ketara..padahal range yang aku ambil ni range hydration. Sekali setelah bereksperimen bagai, rupanya aku tak sesuai dengan cleanser dia sebab since cleanser dia walaupun claim moisturize skin after cleansing but still selepas cuci muka tetap ada efek macam dry sikit..jadinya sebab tu ngelupas is still there.

Jadinya sekarang just pakai cleanser Hada Labo and guna moisturizing cream Jurlique + face mist Jurlique and this new combination really works on my skin!

Kalau korang nak cuba Jurlique range especially yang ada smell rose, please go ahead sebab bau dia sumpah wangi and relaxing cuma kena mix and match lah kalau full range tak sesuai untuk skin.

tadaaaa....
 
 
 


Monday 12 March 2018

USA Tips & Tricks (Day 8 & Day 9) - Free & Easy (Kickin' Crab - Downtown LA) & Total Budget

Finally I've came to the final chapter of the trip - sedihnya knowing that holiday ends already ;(
 
DAY 8 - FREE & EASY, KICKIN' CRAB
 
Today actually a free and easy day for us - just stroll along Hollywood Boulevard looking for souvenirs / T-shirts for friends and relatives. Sepanjang jalan tuh kitorang amik masa jugak lah berhenti sekejap usha street performance..memang korang akan nampak macam-macam persembahan sepanjang jalan and lagi best ada ramai orang berpakaian costume macam Superman, Thor and etc - so boleh snap-snap tapi jangan lupa la kena hulur tips lepas dah posing amik gambar bagai nak rak ;p

Petang tuh pulak kitorang decide nak makan shell-out versi Mexican located dekat downtown LA. This place actually recommended by my hubby's friend - so why not we give a try bebeh!
 
Address : 3767 Santa Rosalia Drive, Los Angeles


since kitorang gunakan Lyft untuk sampai ke sini, nak dijadikan cerita, pemandu Lyft tu was a mamat Korea yang fuh hensem with package lelaki bersuara macho gittew..dok sembang ngan incik hubby pasal finance, oil price and surprisingly this mamat Korea pernah belajar di Indonesia. Bila incik hubby tanya dia keja apa sebab Lyft ni as a part time ja, dia cakap " I am an actor". Risik punya risik, oh pernah lah berlakon dalam siri NCIS..tak heran lah dah kau datang Hollywood memang bersepah la yang jadi actor samaada pelakon extra mahupun pelakon utama

 
dah sampai Aqeil terbongkang tido la pulak. He is in recovery mode since demam panas dari Las Vegas aritu..mujur la dah standby segala ubat-ubatan


kena tunggu about 1/2 hour sebab kami mai terjah ja takdak booking..tapi takpe kami tetap sabar menunggu demi nak rasa King Crab Leg yang besar gila tuh. Padahal kat shell-out Malaysia takdak pulak nak ngidam makan crab haha


tadaa..maaf mata kuyu pasai mengantuk dah haha tak tunggu lama untuk diserve, pilihan kami adalah set shell out with King Crab leg, crawfish, prawns & sweet potatoes fries + side order 1 cup Steamed Rice yang berharga USD 68 kalau tak salah lah ye
 
nih aku amik menu dari website dia (berbeza ikut lokasi) :
 
 
 info credited : https://thekickincrab.com

 
ini kami punya - memang rasanya umphhh sekali sungguh berbaloi ko datang jauh-jauh untuk makan - highly recommended!
 
Dah abeh makan, tempah Lyft untuk pengangkutan balik ke rumah John di Hollywood Boulevard. Oh ya, let say kalau korang plan datang tengah hari ke, depan dia ada Macy's Mall yang besar betul. Bolehla window-window shopping
 
DAY 9 - DEPARTURE TO KUALA LUMPUR
 
Our flight back to KL at 10:40am. So pagi-pagi dalam pukul 7 dah amik Lyft untuk kembali ke Tom Bradley International Airport. Sampai sana just nice luggage drop counter dah bukak so kitorang check in luggage siap-siap and having our breakfast.
 
Macam biasa aku yang dah trauma ngan turbulence dari mula sampai - penyelesaiannya for the first time aku beli sleeping drink untuk bagi tido right after take off. Tapi tahukah anda apa yang terjadi setelah minum air tu??
 
TAK BERKESAN langsung!!!! End up journey nak balik lagi lama which is 10 hours plus and mata aku terjegil selama 10 hours tanpa sekelumit pun rasa mengantuk. Betapa hebatnya penangan trauma ni. Even dari Tokyo (Narita) ke Kuala Lumpur another 7 hours pun mata tetap maintain terbuka luas pakej kaki sedikit shaking..sebab tu bila landing je KLIA,memang sumpah rasa nak baring atas landasan peluk landasan! huhu
 
I hate you so much turbulence!!! But I love you travelling...haishhh
 
TOTAL BUDGET SPENT FOR 9D8N IN UNITED STATES
 
 
Main

UBER (Selayang - KLIA2) - RM 80.00

ERL (KLIA2 - KLIA) - RM 4.20
 
Tune Hotel (KLIA2) - RM 256.00
 
ANA Flight -  RM 9,772.40

FlyAway - LAX (shuttle bus) - RM 66.00
 
Airbnb - TD studio suite (3D2N) - RM 1,392.25
 
HOHO Bus Tour (24hours) - RM 512.00
 
Megabus (LA - LV - LA) with prebook seating = RM 602.70
 
Hotel - Trump International (Superior - Vegas Retreat) - RM 1,761.44
 
GC Tours - West Rim Grand Canyon (exclude skywalk) - RM 1,348.20
 
Airbnb - John studio suite (5D4N) - RM 2,303.00
 
Universal Studio Hollywood (2 adult + 1 kid) = RM 1,267.53

UBER (KLIA - Selayang) : RM 120.00
 
Supporting
 
Shopping & Souvenirs - RM 4,000.00 (expect to spend more bila premium outlet in the list haha)
 
Lunch & Dinner - RM 2,500.00
 
Lyft Cost - RM 1,500.00
 
Jadi totalnya, korang tambahla sendiri yek. kang aku tambah aku jadi pening untuk plan trip seterusnya sebab rasa macam melabur banyak pulak. Trip yang aku tailor-made ni mungkin sesuai untuk kami sekeluarga dan tidak kepada anda. Yang mana rasa berbaloi untuk di-follow silakanlah follow yang mana rasa macam korang bleh dapat lagi murah, korang adjust lah accordingly.
 
Aku ni bawak anak kecik jadinya takdelah backpackers sangat and trip ni pulak lebih kepada relaxation mode kononya so aku memang plan dia according tu citarasa aku si empunya badan. hihi
 
Till then, have a great days ahead guys - do wait for another post on another trip coming soon hopefully kalau dah tak takut turbulence haha...daaaa

Thursday 8 March 2018

USA Tips & Tricks (Day 7) - Universal Studio Hollywood

Today adalah hari kegemaran Aqeil dan apaknya sebab diorang boleh huha huha naik ride sesuka hati tanpa menghiraukan mama dia yang penakut nih haha

Semalam dah penat macam nak rebah shopping, so today bakal menguji kekuatan kuasa kuda kaki lagi bila kita akan move on to Universal Studio Hollywood bebeh!! Gerak dari rumah John naik Lyft and sampai USH dalam 10 mins camtuh. Cost per ride dalam USD 8 camtuh rasanya. Sebab pe eh dok selalu guna Lyft jer? oooh..dulu-dulu punya Europe trip memang semangat nak explore train bagai siap jinjit peta..sekarang maaf akak dah sedar umur tua tak larat nak turun naik tangga lagipun dah lama travel kan dah ala-ala macam pandai, so kita naik je lah Lyft senang cepat sampai muehehe


first kita wajib posing depan globe nih dulu


kena walk through this city walk sebelum sampai ke entrance USH. Dekat area city walk ni ada macam-macam kedai souvenir, café, bar, Tony Romas, Hard Rock Café even ada cinema IMAX rasanya

 
kitorang start activity dengan buat studio tour nih. Nak tau lebih lanjut apa boleh tengok sepanjang Studio Tour mohon korang bukak je lah Youtube..basically dia akan lalu kawasan penggambaran macam scne tsunami, scene orang bunuh orang pastu macam berlari nak tembak korang, scene Fast Furious (kena pakai 3D glasses), scene kena kejar Dinosour (kena pakai 3D glasses), scene kapal terbang terhempas (yang ni serious aku takuttt huhu) and lotsaa more...sepanjang dok bergerak dalam tram ride tu akan ada penggambaran live contohnya time kitorang ada live penggambaran drama ada JLO - entah tak ingat pulak namanya




antara yang sempat dirakam sepanjang studio tour...









personally aku suka USH ni sebab ada banyak variety of rides as compared to USS and lagi best most of roller coaster ride yang macam thrill tu banyak Aqeil boleh naik sebab dah lepas ketinggian yeayyy! aku je yang cuak sebab takut dia terpelanting keluar haha
 
Aqeil : mama ni bising la..aqeil rilex jaaa
 
eksyen ko ye..aku memang penakut sikit naik roller coaster ganas-ganas nih
 
kitorang stay sini sampai malam and aku ada la terketar-ketar sejuk tunggu kat luar menantikan Aqeil ngan apaknya masuk show minion.

So harini boleh declare hari main-main sedunia and rasanya tak cukup sehari spend kat sini..kena banyak-banyak hari. Tapi kalau banyak hari memang pokai la mama kau..siap kang kena merempat kat US plak ;p
 

Wednesday 7 March 2018

USA Tips & Tricks (Day 5 & 6) - Back to LA, Griffith Observatory & Shopping at Citadel Outlet!!

DAY 5 - BACK TO LOS ANGELES

our return trip back to LA..journey memang amik masa almost seharian and end up sampai LA dalam pukul 3pm

kali ni akan check in rumah kedua which is own by John - rumah John really sit on Hollywood Boluevard and paling besttt laundry ada dalam rumah and dalam bangunan yang sama ada kedai masakan Thai!!




opps - gambar dia dalam bilik air jugak aku nak letak haha

ada buat video untuk view dalam rumah tapi entah cemana jadi terbalik. nanti lah aku rotate and paste kat sini ye


we miss tomyam so much and finally this kedai dapat satisfy our craving

 
dinner for tonight - sampai tersandar kekenyangan

DAY 6 - GRIFFITH OBSERVATORY & CITADEL PREMIUM OUTLET

Today adalah hari yang ditunggu-tunggu kerana harini aku boleh berlagak ala-ala Paris Hilton shop till drop kat Citadel Premium Outlet..weeehu!
 
tapi sebelum menjengah ke Outlet, mohler kita visit satu tempat ni dulu namanya Griffith Observatory
 
GRIFFITH OBSERVATORY

 
Griffith Observatory is a facility in Los Angeles, California, sitting on the south-facing slope of Mount Hollywood in Los Angeles' Griffith Park. Kat sini ada planetarium untuk mencerap angkasa or most people called it as Southern California gateway to cosmos!
 
Admission is FREE and boleh buat macam-macam aktivit seperti:
 
1. Melawat Samuel Oschin Planetarium - chargeable
 
2. Melawat Leonard Nimoy Event Horizon Theatre
 
3. Mencerap langit guna public telescopes and etc
 
Cara-cara untuk ke Griffith Observatory :
 
1. Parking di bawah (caj USD 4.00 per hour) pastuh boleh either walk, hike, bike up to the top
 
2. naik DASH Observatory public bas operates daily from Vermont/Sunset Metro Red Line station
 
3. Or used this option macam kitorang - naik je lah Lyft / UBER nanti dia drop kat atas terus
 
anything nak further info, please visit their official website at
 







 
 cubaan nak mencium keharuman lavender tanpa ku sedari lebah penuh dok hurung bunga dia..nasib mak tak gelojoh cium..kalau tak pakej muka benjol-benjol la dapat ;p



around pukul 12pm baru gerak dari Griffith Observatory menuju ke Citadel Premium Outlet located agak jauh dari luar Hollywood. Cost Lyft per ride per trip around USD 35..so paham-paham sajalah kalau lepas aku shopping dah sampai apartment pastu ada orang nak kirim balik memang aku tak buat repeat trip ya..mahal oiii sekali nak pegi haha

CITADEL PREMIUM OUTLET

I don't need and have to give a specific description of what this place is for ;p

Sediakan duit berkepuk-kepuk dalam handbag kau or purse laki kau and here we goooo...


mula-mula cari Panda Express untuk santapan nasi tengah hari




ada banyak kedai kami terjah tapi focus aku time tuh hanyala Coach haha


service sangat tip top siap sanggup tolong pegang beg aku sekejap time aku keluar dari Coach untuk cari tok laki cek nak tanya pendapat. Guess what?? aku mampu berbahasa Melayu untuk cari beg idaman tauu..sebab pe? sebab one of the salesgirl adalah orang Malaysia (Ipoh maliiii) nama nya May...dia siap pesan nanti nak bayar mention lah nama dia bila cashier tanya who assist you..3x aku beratur bayar memang nama dia je lah aku sebut haha



salesman pun banyak membantu dalam mencari beg-beg ni..iols ni tak biasa sangat kalau salesman terlebih ramah sampai pegang bahu iols nak bawak gi cari beg..ni kalau kat Malaysia ni aku jegil bijik mata dah..so double standard sangat haha

Finally dalam Coach ni adalah terserempak rakyat Malaysia kita jugak setelah almost 5 days kat US rasa sangat privacy sebab tak terserempak ngan rakyat Malaysia lagii ;p..sambil belek-belek dia pandang iols sebelah mata je amboi-amboi so iols pun apa lagi...pandang dia takdak mata teruih! haha

Please naa, aku bukan antara golongan rakyat Malaysia yang kekwat bila pi obersea..aku spesis senang nak ramah and kalau jumpa selisih kalau kau senyum aku ofkos senyum balik..kau tak senyum ada aku kisah? hihi come on lah people, takkan nak tunggu match badminton Chong Wei vs Lin Dan baru nak rasa bangga mengaku kita satu Malaysia..kalau dah selisih kat obersea pun kita tetap kaler brown made in Malaysia berperdana menterikan Najib so no harm pun nak senyum-senyum bukan mintak duit ponnn..kita pun ada lah duitt...kalau takde duit takde la kita datang US niii  * tiup tiup kuku (mohon sentap yang suka kekwat pi obersea macam dia sorang ja pi obersea hihi)



 tadaa..ni lah handbag pilihan hati iols. harga dalam RM400 jer..even semua beg yang beli kat outlet ni memang murah-murah

sebab tu la boleh jadi repeat sampai 3 kali dok beratur bayar till minit minit terakhir sebelum kedai tutup


ni pun salesman yang tolong amik gambar -



akhirnya setelah rasa sampai nak bergoyang kepala lutut dok bertapa dalam Coach sesaje, maka mohler pulang ke pangkal jalan..haha bersama-sama poket yang dah rabak

apa-apa pun, aku sangat enjoy spend my time kat sini and hopefully ada rezeki masa depan nak repeat mai outlet di US
 
 


USA Tips & Tricks (Day 4) - Grand Canyon Tour, Arizona

- Entry Post-dated -

Its a payday, yeay! trip aritu dah nak luak dah poket simpanan so now time to re-charge back..campur berdebar-debar dalam hati sebab dah masuk bulan March, an e-filing month omaigad..aku dah la beli share habeh semua lot tahun lepas, berapa la LHDN nak katok ni haha sempat lagi ke nak bodek PM Najib??
 
psst in real time by today actually aku dah setel buat efiling and selamat membayar kepada LHDN..berbangga menjadi antara yang terawal menyumbang balik kepada kerajaan "kesayanganku" ahakss...masakla rasa nak makan nasi bungkus tepi jalan melihatkan cukai yang kena bayar jadinya tak dapat la nak have-have makan udang flaming cheese kesukaan aku tuh kat Manhattan kerap-kerap haha..tapi nasib la aku memang dah anticipate amount roughly nak kena bayar and dah asing siap-siap sebelum terjerumus ke kancah shopping nak rebah di US arituh ;p
 
okay lupakan sekejap hal nak bayar tax tuh, meh kita sambung entry ke hari seterusnya. On Day 4, I've arranged for a Grand Canyon Tour specifically to cover West Rim side via GC Tours.
 
GRAND CANYON
 
Untuk pengetahuan korang, Grand Canyon ni terletak di Arizona - adalah kawasan ngarai atau steep sided canyon carved by the Colorado River. The Grand Canyon is 277 miles long, up to 18 miles wide and attains a depth of over a mile. Ianya terbahagi kepada tiga kawasan yang boleh dilawati which is West Rim, North Rim and South Rim.
 
 
South Rim - open all year. The most popular part of Grand Canyon National Park
 
North Rim - closed during winter. Popular among avid outdoor enthusiasts because of the remoteness of the area
 
West Rim - open all year. dekat sini ada eagle point, skywalk so mostly tourist akan choose ke West Rim
 
Macam aku plan asal nak buat road trip dari LA to Las Vegas and cover Grand Canyon as well tapi since mission road trip dah abort earlier, so kitorang engaged GC Tours for the Grand Canyon Tour. Ada macam-macam pakej boleh pilih - tour with helicopter, tour (west rim), tour (south rim), water rafting and sebagainya. Korang boleh je google and you'll see lotsa options.

Pstt..meh nak berbawang kejap : careful bila pilih option helicopter tour tauu sebab 2 days before we visited Grand Canyon, ada satu helicopter bawak pelancong Britain terhempas di area Grand Canyon..huuu takotnyaa aku. dah la kumpulan tu tengah celebrate birthday kengkawan dia.
 
Masa booking, tour agent akan email all the detail macam bus nama apa and pukul berapa kena tunggu depan hotel untuk pickup. Since Trump Hotel agak ke hujung so kitorang lah kena pickup dulu. Pagi tu bangun pukul 4.30am since pick up time kitorang at 6am...bayangkanlah sejuk giler tuh dok tunggu terpacak depan lobby pukul 6am..orang lobby pun dah tau ni mesti nak follow tour so dia nasihatkan kitorang lepak dalam dulu nanti bus tour sampai dia hello hello..ok baikk!
 
Bus sampai on time and selepas beberapa round kutip few others yang joined the trip from other hotel maka mohler kita start the trip!
 
Our tourist guide today - Mr Dwayne sangatla peramah, celoteh dia memang menghiburkan hati sepanjang perjalanan. Takdela sunyi bosan macam ikut rombongan sambil belajar gittew haha. Siap si Dwayne ni ajar kitorang cara-cara nak dapat duit banyak gambling dekat kasino konon tips tuh dia dapat dari pekerja casino muehehe
 
 
on the way road trip kitorang berhenti seketika dekat Hoover Dam - one of lokasi pengambaran movie San Andreas.
 
HOOVER DAM
 
Hoover Dam is a concrete arch-gravity dam in the Black Canyon of the Colorado River, on the border between the U.S. states of Nevada and Arizona. Hoover Dam impounds Lake Mead the largest reservoir in the United States by volume and its generator able to provide power for public and private utilities in Nevada, Arizona, and California.
 
 
besar gila empangan ni kalau jatuh lemas nih aku tak tau la nak cakap apa
 
kitorang berhenti about 20 mins and sempat la aku pergi kedai souvenir kejap and my husband sempat la jadi naga sebentar haha
 
lepas dah puas posing merata ceruk, kitorang sambung journey to Grand Canyon
 







 
Lebih kurang pukul 12.30pm selamat sampai ke tempat drop off point. Oh ya, dalam pakej nih includes BBQ lunch so mohler kita proceed ke checkpoint 1st - Hualapai Ranch via shuttle bus untuk have our lunch...Hualapai Ranch ni adalah perkampungan design ala-ala kampong koboi gittew
 
 





pilihan yang ada - ayam grilled BBQ, mix vegetables, mashed potato & large cookies!!

 
 muka ada senyum sebab perut penuh diisi..kalau lapar sejuk-sejuk ni rasa ringan je tangan nak lempang orang haha
 
abeh lunch, kita gerak ke point yang seterusnya
 
 










ahaksss..ala-ala macam baru semalam kawen yerrr...thanks Aqeil sebab dah pandai amik shot santek untuk gambar mama ngan papa

 
kedai souvenir - just beli magnet fridge sebab kalau nak rantai gelang dari batu di sini macam a bit pricey..and guess what? Aqeil cari diamond kat sini! haha..kau ni macam kak mah kan merata ceruk nak cari diamond
 
tepat pukul 3.30pm semua gather dalam bas as promised earlier..kagum aku semua orang punctual except for sorang dua yang tersampuk janji melayu delay 10 mins camtuh. And nak dijadikan cerita ada la pulak drama telenovela berlaku - kisahnya budak perempuan sorang ni (teenager) nangis teresak-esak dengar satu bas kot terus semua orang macam terpinga-pinga - like kau apehal???
 
kami tiga beranak yang kat belakang sekali pun bleh dengar and teruslah mode makcik bawang is ON! haha..aku jenis suka assume to the worst, so aku ingat boyfriend dia jatuh gaung Grand Canyon ke sebab tak sampai-sampai lagi kat bas???
 
ternyata sangkaan aku silap, rupa-rupanya Iphone dia hilang nyahhh
 
Dengan slang Spanish minah ni dok tanya orang lain ada Iphone tak..kejap ke couple belakang dia tanya..pastu eh eh ke belakang terus tanya aku:
 
Minah : Do you speak Spanish?
 
Me : Wow, do I look like Spanish?? (di dalam hati perasan muka ala-ala Rosalinda) Sorry nope
 
Minah : Do you have Iphone?
 
Me : Yes, but no connection
 
Ofcoz lah takde line kat kawasan remote area tuh..kalau ada pun nyawa nyawa ikan, camne nak call Iphone hang weii..aku roaming pun tak bukak
 
punggah..langsung sambung teriak..dia request soh driver bas tunggu sebab dia nak gi round balik semua checkpoint yang dia stop masa tengok Grand Canyon..tapi driver bus insist nak bergerak sebab it is unfair untuk other passengers yang dah planned earlier dalam itinerary should arrive at Las Vegas around 6pm..memang betul pun tindakan driver tuh sebab its your careless and everyone should not suffer from it..lagipun kalau kau nak round semua 3 -4 checkpoint akan ambik masa yang lama dengan nak tunggu shuttle bus lagi untuk ke setiap checkpoint pastu nak geledah cari lagi tambah-tambah winter season ni kul 4 dah nak gloomy gelap yaa..
 
and lagi laa dia sambung teriakk...takpelah buat-buat tak dengar je lah sambung tido hihi
 
ngah on the way, tiba-tiba aku dengar orang dok tepuk tangan...ohhh Iphone nya telah dijumpai entah terselit celah seat ke apa..ya rabbi kalau la driver tuh tunggu tadi dia pi cari kat semua checkpoint, alamatnya kami semua berkhemah overnight kat Grand Canyon semata-mata seketul Iphone haha
 
ok enough of drama telenovela and kitorang selamat tiba kembali ke Las Vegas - to be exact at hotel around 6pm.
 
Malam tu still jalan round-round lagi area The Strip for last chance sebelum esok mohler kembali ke Los Angeles
 

 
korang boleh cari kedai ni "Lobster Me" dalam one of the mall dekat The Strip..sedap nak mam! dia punya Lobster popsicle..siap repeat lagi walaupun sebatang USD 15 hahaha..pepatah mak "biar duit habes tangan janji perut kekenyangan" daaaaa