Pages

Friday 29 September 2017

Beyond the Continent : USA bebeh!

Hello korang!
 
Jangan ada yang Friday blues pulak ye dah esok nak cuti and tambah-tambah di penghujung bulan September nih..aii loikee sebab time ni la company hulur bonus.muahahaha. bonus walaupun ciput tetap rezeki jugak lah sebab motif aku kerja pun sebab motivasi nak travel banyak2 so kena kerja untuk kumpul duit banyak-banyak hahahaha..apa punya motivasi pun tak tauuu
 
Sedang asyik dok search flight via Skyscanner, suddenly aii have a feeling of "What makes me so reluctant to search a flight from KL - New York? KL - Los Angeles?". Tau sebab pe? sebab aku selalu merasakan yang cost flight ke Negara Uncle Sam tu pasti sangat menjulang tinggi and kurang-kurang harga flight dia mau cecah RM15K onwards and aku tak mampu nak spend flight banyak camtuh..so sebab tu aku tak pernah search flight ke sana. Tetiba harini rasa macam - why not give a try!. So aku pun search lah ke USA next year somewhere in Feb/March 2018 and guess what???
 
RM 8500 all-in round-trip KUL - NY - KUL (each way transit at Narita)
 
via Air Nippon Airways (ANA) untuk 3 beranak kami !! Ohmaiiii tak ku sangka sama murah macam nak pergi London! You can get much cheaper from that jugak via other airlines macam China Airlines, Vietnam Airlines, Saudi Airlines..tapi aku ni sceptical sikit so pilih la airlines yang ada prestasi sikit hihihi
 
Ok terus lebur itinerary ke Rome or Japan sebab aku rasakan US ni lagi menggoda and menarik untuk diterokai. Tapi reading from most blogs mentioned pasal kerumitan untuk mendapatkan visa ke US and once dapat valid for 10 years! Aku harap passport aku sekarang yang dah ada cop merata Negara ni bleh jadi bonus untuk visa lulus cepat haha...ingat orang Malaysia ni suka ke nak overstay kat US? Kami sayang Malaysia lah..tambah-tambah bila Bang Jib kata ekonomi Malaysia makin kukuh dan mampan..sebab tu kami tak kisah pun USD 1 = RM 4.22..muahaha..ooppss jangan marah ye Bang Jibb
 
So jadi dah ke purchase tiket? haha belom lagi la sebab bos kat rumah tak tau la setuju ke tidak.He's good in saving the money while me? I was like throwing the money to the air acah-acah anak Sultan Brunei..haha. Well, who loves travelling know how it feels when you can travel outside your comfort zones..to see the world in a different perspective...yup!memang bila pergi travel akan bawak balik kenangan sahaja..tetapi kenangan tu sometimes dapat mengubah our point of view, cara kita berfikir and act and boleh bentuk diri kita untuk jadi lebih terbuka..lebih matang..lebih positif
 
I learn a lot from travelling and travelling is always my passion!

Thursday 21 September 2017

Happy Birthday Munchkin!!

Salam korang
 
Abeh trip berjalan 2 minggu berturut-turut buatkan satu badan aku sakit lenguh segala..rasa macam nenek kebayan pulak nak bangun dari sofa je pinggang kruuk kraakk kruuk kraak
 
Tapiii..tapii..kena kuatkan diri jugak sebab last weekend je available free time nak shopping barang for Aqeil's birthday falls on 17th September 2017..disebabkan jatuh hari Ahad, kita celebrate kecil-kecilan dulu then baru plan celeb kat kindy

Sebelum pape meh jamu mata Nasik Ayam iolss - presentation ala-ala makan kat St Regis tapi nasi tak sempat taruk lagi sebab tengah masak hihi..incik hubby kata dia suka ayam aii perapkan sebab juicy gituuuu..kembang hati aii tau sampai kalau suruh masak lagi sekali malam karang pun sanggup cewah!

 
Plan celebrate birthday Aqeil kat kindy on last Monday, so Sabtu petang tuh gerak cari barang dekat kedai borong area Sunway Putra Mall. This year kami plan bagi lunch box filled in with air kotak susu Dutch Lady, Choco Pie, Nougat Cloud 9 and etc


comel kan bekas sponge bob tu? Nampak meriah dan ceria...konpem budak-budak suka sebab mak budak tengok pun gewamm muahaha. aku dapat harga borong jadi RM 5 per box. so dah jimat tak payah beli lagi paper bag, isi je semua cekedis tu dalam lunch box ni

 
On Sunday, we celebrate secara kecil-kecilan di Setia City Mall, Shah Alam. Untung la harijadi terus papa dia cakap nak amik hadiah mainan besar-besar pun boleh..kan bagus kalau harijadi mak nya nanti ni papa dia cakap "Mama nak amik handbag mahal-mahal pun boleh, papa belanja!"  ahakssss
 
Lepas dah membeli mainan segala, celebrate birthday dekat Tony Roma
 
sebab pe Tony? sebab selalu time lunch hour kalau makan di Tony Roma, ada je orang celebrate birthday and staff Tony Roma sangat sporting and best dalam bagi surprise besday cake and nyanyi ramai-ramai..aii sukalah!
 

celebrate dengan adik aii sekali sebab besday dia falls on 28th September...


Happy Birthday lalink yang ke-5 tahun. Satu-satunya harta dunia akhirat yang mama dan papa ada..tabah untuk bersyukur dengan rezeki yang Allah bagi dekat aku walaupun kadang-kadang aku ada terfikir kalau memang satu je lah rezeki anak untuk aku, aku berharap yang masa tua kami tak kesunyian and filled with joy like what we had now..tskkk

 
one happy boy bila mak ngah dia pun belikan hadiah jugak..lemak berkirim lah kau yeeee


teman dia main belon kat luar mall with other kids..he mingle quit well with other kids cuma sometime kena monitor takut over the par kang abeh kena lepuk ngan anak orang..sebab anak aii ni selalu tak melawan..kena sepak kat mulut sampai berdarah pun menangis dalam diam gituu..aku pulak yang meroyan macam sakai marah anak orang haha..overprotective? ofkos sebab ni je lah anak yang aku ada


ni kek yang Aqeil pilih untuk celebrate birthday dekat kindy. Demanding dah kau sekarang ya..haha. Nasib ada babysitter yang tolong carikan and orderkan, so aii bayarkan je lah

 
hari-hari tanya aku bila harijadi dia...eksaited sangat nih!
 
He questioned me why I'm not giving a permission to him untuk pakai baju jalan-jalan time nak tiup kek kat kindy..ahh tak koserlah nak bawak sampai 2 helai baju nak salin pulak..takpe lelaki kalau handsome, pakai baju tadika pun dah terserlah handsome..kah kah kah..anyway you are always charming to me my dear..
 
Bila balik sekolah, Aqeil bagitau cakap cekgu puji lunch box comel and kek Aqeil sedappp..yeah kalau dah chocolate moist memang la meleleh air liur mama jugak haha
 
 
Reminiscing the old memories - 1st year birthday celebration kat Hong Kong Disneyland. Our first oversea trip and my first ever experience travelled with a baby. I did it excellent!! muahaha..I told yall..mommy is very independent and adventurous hihi
 
ok lepas dah habeh lepak Tony Roma, balik rumah and prepare to cook for dinner pulak..siang dah makan mahal..so malam marilah kita down to earth hihi
 
 
sempat lah masak sotong masak kicap, sambal cili terung + kentang and ikan bawal emas goreng..makan pulak time hujan tengah turun memang bertambah la pinggan..so rasa-rasa perlu ke naik penimbang? muahaha..
 
always find my time to cook for the family walaupun masakan aku takde lah sesedap Gordon Ramsay..tapi orang cakap air tangan ibu pengikat kasih sayang keluarga cewaaahh so kena la rajin-rajin memasak..tapi kalau letih kadang-kadang kedai yang tolong masakkan jugak...hahaha
 
till then have a good weekend ahead..
 
Salam Awal Muharram semuaaaa
 
 

Thursday 14 September 2017

BFF's Trip : Kota Cinta, Bali

Assalamualaikum korang..

haaa tertunggu-tunggu tak travelogue aii? muehehe
 
Bertemu lagi kita semua dalam rancangan travelogue Cik Pong. Kali ni Cik Pong akan bawak korang semua menjelajah ke kota cinta teragung, Bali bersama bff Cik Pong tak lain dan tak bukan..Ana Marziana!!! enteprem kawan sekejap haha

2 minggu berturut-turut keja kau berjalan ja yaa
 
ok lah tu dari korang rasa muak pakej nak muntah kalau aku asyik dok up citer shopping barang ala-ala nak show off macam Dato' Aliff Syukri gitteww makan bekpes roti keping ngan epal hijau ja tapi kunci keta dia keliling roti kauuu..idokler aku mampu sebegitu dek kerana harta aku takde berkoyan-koyan pun sayang oiiii.
 
Ok, trip kali ni adalah first oversea trip me with my long time bff, Ana. Kami kawan dari zaman university and zaman deting-deting ngan pakwe masing-masing aka dah jadi suami masing-masing dah sekarang ni, Alhamdulillah - mujur tak terima offer buat medic dekat Makassar kalau tidak iya iyalah tante tante semua kok bisa panggil gue sekarang ini dokter gituee..entah entah cewek gue barangkali ganteng gaya Nicholas Saputra muahahahahaha

ok dah la merepek...So rasa eksaited dia tu lain macam sikit sebab yelah sebelum ni gi oversea kitorang sekeluarga ja, bila ada tambahan keluarga rasa teruja dia tu memang ketara. Walaupun sebulan sebelum trip aku memang pack gila ngan kerja ofis and memang harap kat Ana la untuk plan itinerary semua. Time minggu last sebelum fly tu baru aku sibuk forward nama kedai makan nak makan muahaha..dasar tak ingat berat badan tul ;p
 
We booked the flight dari bulan June lagi and yup! penantian ke tarikh trip ni sangatlah satu penyeksaan jiwa raga haha..apatah lagi dok terbayang hotel yang book c/w pool tu sangat menggoda untuk buat kau rasa tak sabar nak pegi. Akhirnya penantian tu berhasil bila kami terbang ke Bali on 9th September morning with Air Asia X. Thanks again Tony for that cheap fares! and oh ya untuk trip kali ni aku apply leave 2 days extra to accommodate time slot available untuk my bff's family...no worries

Gerak awal pagi Sabtu via GrabCar and sampai airport around 7.30am..my bff dah reached there earlier coz ada infant so required counter check in



aku sungguh kecut perut nak naik flight menghala ke Indonesia sebab terkesan dengan kes pesawat terhempas aritu..semoga kapten ni takde la hilang akal bawak tak tentu hala huhuhu and yesss..2 jam 40 minit journey,the flight sangat smooth takde gegar-gegar...so iols tabik spring dekat kau kapten!

Selamat touch down Bali somewhere around 1.20pm..dah setel imigresen semua keluar dari arrival hall terus panjangkan leher cari sepanduk ada tertulis nama iolss..aku tak nak la kejadian trip lepas berulang lagi and Alhamdulillah..kelihatan supir di hujung airport beria memegang sepanduk nama aku

Di Bali, kami menginap di Park Regis Kuta Bali and to me, it is highly recommended as the hotel located just 15 minutes walking distance ke pesisir pantai Kuta and kiri kanan ada je Galleria Mall, kedai runcit K-Mart and the hotel itself ada spa..yuhuuu

We paid RM 560 for 2 nights 2 rooms (Room type Regis Double) & RM 650 for 1 night 2 rooms (Room Type Deluxe c/w pool)

First day takde aktiviti since petang tu kami just hang out area pantai Kuta

Supir yang kitorang engage ni adalah supir yang sama bawak aku tour Bali tahun 2014 di bawah kelolaan Pak Yanto..kali ni dia hantar Pak Epi jadi tour guide kami

So lets cekidaut tour on our second day in Bali...

LUMBUNG SARI - LADANG KOPI LUWAK

 
 

akan lalu kawasan ni orang dok masak bijik kopi - bau nya sungguh semerbak


acah-acah dok mengayak kopi pulekkk


perbezaan kopi biasa dan kopi luwak...yang kaler cerah sikit dalam baling tu kopi luwak..yang kaler hitam tu kopi biasa

 
haaa..ni lah luwaknya yang makan biji kopi terpilih and buang biji through poo poo dia and depa ni kutip amik then proses buat kopi Luwak




 
amboiii hang - dah macam Aiman Tino lagaknyaa
 
lepastu kami menuju ke destinasi seterusnya...
 
TEGALALANG PADDY TERRACE
 
 
Ni je gambar yang iols ada sebab time kat sini dah panas terik so takde stay lama-lama...turun ke area paddy terrace? ehh tak koser lah aku nak bakar lemak berjalan ke bawah...anak tangga ngalahkan tangga batu caves haha
 
PURA GUNUNG KAWI
 
time on the way naik ke Gunung Kintamani, supir ajak singgah lawat Pura Gunung Kawi..takde lah secantik Pura di Bedugul tapi since it looks unique siap ada tasik jugak so worth to visit
 





 
 GUNUNG KINTAMANI
 
 
ecehh..pasangan remaja purba enteprem lagii
 
di sini stop agak lama sebab ada surau and kat sini jugak la tempat lunch..lunch nya buffet type and ada banyak restaurant kat lereng bukit yang offer view of Gunung Kintamani..ni gunung berapi tidak aktif ya
 
TANAH LOT
 
kami sempat jugak terjah Tanah Lot untuk menjamah view sunset yang dikatakan letops amatt tuu
 
 
 Nampak sunset? jangan komen muka penat para remaja purba haha
 

 
berbangga sekali trip ke Bali kali ni berjaya bawak kelainan dengan constant istiqomah gituu pakai shawl / instant dUCk..gigih tau sebelum kuar dok iron..
 
PURA ULUWATU
 



berposing di Uluwatu...ni third day nyer tour

penat lelah jugak naik tangga sementara nak sampai ke tebing tinggi ni..mulanya kata 500 anak tangga terus aku surrender..haha..rupanya 50 anak tangga jaa..kusss semangat!!




ececeh nak enteprem jugak walaupun dahi ada tandey..hampeh tul jerawat time ni lah nak keluar huhu


saya PR dia..nak suruh posing ka..nak amik berlakon ka boleh contact saya..nak amik jadi juri kritikan pedas pun boleh haha...apa?? tak dengar?? nak jadi madu ke-2 saya? Maaf! payung dah berlambak kat rumah saya tak nak payung emas (erti kata lain : kau nak berpindah alam ke tanya aku soklan camni? grrr)


we have been friends for almost 10 years..and thank you so much sebab selalu ada through thick and thin..i love you to the moon and back..



ni supir hari ini - Pak Rahul. Pak Epi nya kepenatan gamaknya trip semalam balik lewat malam

dah setel Uluwatu..jom lah kita ke pantai pulakkk

PANTAI PANDAWA


seriously aku suka sangat gambar ni...the mixture of pantai, langit biruuu..ombakk...orang-orang sekeliling is purfectt


lepak minum air kelapa kejap sementara layankan budak-budak main pasir tengah-tengah panas nih

harini half day tour je lepastu kitorang ke acara fevret para ibu-ibu

shopping!!

AGUNG BALI - KEDAI OLE-OLE

 
2 jam jugaklah terjebak dalam kedai nih. aku takdela shopping sangat just beli pants, souvenir sikit..
 
pastu balik hotel sebab nak tukar ke bilik yang ada pool..and bila dah ada pool...gitulaaahh
 

penakut air punya budak..dah nak last-last baru nak swim..tak thrill la hang nii
 
so malamnya pulak we were having our dinner at Jimbaran
 
supir bawak makan di kedai Jukung Bali Seafood
 



a nice sunset view siap ada group busking dok main lagu romantic-romantic ja

 
menu malam tu - ikan bakar, sotong goreng tepung, udang bakar sambal and side dishes dapat free sayur kangkung (2 pinggan) and corn sup (setiap orang termasuk baby haha)
 
total cost only IDR 850,000.00 and it is cheap as we share both family.
 
kenyang perut dapat pulak free show bunga api depan mata sebab meja depan kami ada couple mat saleh dok propose awek dia so ada la efek bunga api..wauuuu..jeles I tauuu
 
the next day nya kami terpaksa say byeee byee to Bali..it's time to go back to the reality..more works..more challenges..hurmm terus sedih pilu teringat kerja bertimbun huahuahua..but this is the best trip with my friend and hope that we will have more trips together in the near future...
 
till then...tata titi tutu 
 
ehh chop! chop!
 
nak tayang satu round beli dUCK baru sebelum gi Bali..muahahaha