Pages

Tuesday, 4 December 2018

Aqeil Harith Concert Day..Yeay!

Haii korang..last update bulan lepas, bulan ni baru nak update entry baru, tak sesuai betul kau ni pegang title blogger haha. Nak buat macam mana, memang bizi kerja hakiki di ofis bukan kata nak taip entry blog, nak kucil pun kadang-kadang tangguhkan sampai petang baru gi toilet...sayang sangat dengan kerja ofis, sekali kena batu karang haru la aku..hihi
 
Kali ni just nak cerita berkenaan concert day Aqeil. It's happened on 23rd Nov 2018 (Sunday) dekat Dewan Komuniti PPRT (I cant remember the name) but somewhere tepi highway MRR2 you can see it. Actually ada la jugak aku comment dekat school kenapa buat dekat dewan perumahan PPRT knowing that area situ confirm cramp with parking. certain area we had parked last year concert day siap pakej ada lumpur sebab bukan jalan tar and etc...why not rent dekat public hall ke..FRIM hall (just knew it under construction)..if need parents to pay extra, insyallah most of it willing to kot..tapi nak buat macam mana, tetaplah pilihan yang ada di dewan PPRT..ok mak redha nak!
 
2 weeks before the concert day, memang Aqeil ada training di rumah untuk few song like "You Raise Me Up", some Tamil song (good job darling, mama tak tau pun Tamil walaupun mama minat Sivaji The Boss!! muahaha). And he did practice to recite doa, nasyid bacaan dhuha and also speech for opening ceremony (read it as : only two sentences..dont expect long speech ;p).
 
A week sebelum concert day adalah hari Ibu Bapa..ala-ala sign report card day
 
 
 
Haii cikgu Murni! Ni cikgu kelas Aqeil and memang suka jugak ni dok menyakat Aqeil,especially bila ummi dia mai ambil lambat haha. I am proud of this kindergarten sebab berjaya mendidik Aqeil sampai boleh membaca dan menulis well. Masa mula-mula masuk at 4 years old, oh this boy memang sangat pemalu and cengeng okay!
 
Sebelum Concert Day, cikgu ada edarkan aturcara majlis as below:
 
 
Bila tengok aturcara majlis untuk Bacaan Doa Pembuka Majlis and Ucapan Aluan ada nama Aqeil Harith..berbunga bunga hati mama bila cikgu bagi kepercayaan untuk anak aku yang nampak macam cengeng ni untuk stand on stage yeay!
 
Both Bacaan Doa dan Ucapan Aluan Majilis ayah si Aqeil buat video recording. Nanti kalau video tu dapat diformatkan dengan size yang betul untuk upload dalam blog, aku uploadkan yer.
 
Berikut antara gambar yang sempat di"snap" sepanjang majlis..maaflah mak sibuk dok buat video recording je lebih haha :
 

 
hebat budak-budak sekarang siap ada bouquet ala-ala konvo universiti..mama dulu konvo universiti baru dapat tau
 
 
persembahan nasyid bacaan dhuha

 
with cikgu kelas Aqeil



with abah dan umminyer...tengoklah perangai tuh, dah macam mak ayah sendiri je haha


with one of his friend
 
pernah request kat mama nak bawak jam ke sekolah sebab nak bagi hadiah dekat kawan dia...untungla nak mak kau tokey kedai emas rasanya haha

 
with another friend..
 
Sekian acara Concert Day Aqeil...yang penting mama puas hati bacaan lancar untuk doa dan ucapan aluan walaupun sebelum tido malam tuh mama ngan papa yang cuak sebab kau tak memorize sangat and kau boleh senang hati lena tido hihi..good job baby!
 
oh ya, week after the Concert Day, mama ada ajak papa makan Dotty's Patissseri yang konon viral sedap gil tuh
 
 
we were at Dotty KLCC..kena beratur okay nak makan, agak stress la jugak


 
one of the signature croissant doughnut kot..ada salted egg topping kat atas..toooo sweet for me
 

pilihan my husband - salted egg pasta soft shell crab


Pilihan aku : Spageti Pomodoro Meatball

 
 
not up to his liking..muahaha..aku sekali makan pun dah rasa muak..seriously kitorang berdua ni memang tak leh nak kata sedap having dining dekat Dotty..mungkin tekak kitorang ni aneh-aneh kot haha..well lain orang ain citarasa...price wise is ok lah standard untuk makan kat tempat macam ni..
 
Dotty KLCC - checked! so aku takyah nak terliur dah bila croissant dia dok lalu lalang depan wall IG aku muahaha
 
Bye uollsss....
 
 
 

No comments:

Post a Comment