Pages

Wednesday, 16 January 2019

Hari Pertama Persekolahan..

Salam semua and Happy New Year!!

Awal-awal tahun ni mesti semua tengah bizi dengan anak anak nak masuk sekolah, especially new mommy and daddy yang anak dia baru nak darjah satu tu..macam aku jugak lah, yeay kita geng! Mula-mula semangat nak membeli barang sekolah memang membuak-buak sampaikan end of November aku with incik hubby sudah start shop till drop barang sekolah di Jusco Mid Valley. Untung la jugak sebab ada baki voucher Jusco boleh guna so ada penjimatan kewangan di situ hehe
 
Surat pemberitahuan hari orientasi sekolah dah dapat early December, and on the orientation day aku mula mula cuak jugaklah takut tetiba Aqeil macam culture shock sebab sekolah kena independent sendiri..lainlah kat tadika dulu rehat cikgu bawak makanan jamu depan mata, kali ni kau kena bawak diri sendirilah yer ke kantin. tu tak kira lagi acara berebut beli makanan siap tolak-tolak..haish pening aku memikir haha. Aku punya panic attack siap takut anak aku jatuh tangga lah..kang berlari tak tengok masuk longkang ke..aktif jugak budak ni tau
 
Alhamdulillah on the orientation day everything went well..Aqeil takde nangis cuma kejap-kejap kepala dok tertoleh toleh cari aku ngan apaknya haha..ada peperiksaan jugak pagi tu but not sure untuk rombakan kelas later sebab kalau ikut Dr Maszlee dah takde any examination kan kat school?
Sebenarnya agak huru hara jugak malam sebelum orientasi sebab aku baru teringat rambut macam panjang baru sibuk keluar nak cari kedai mamak potong rambut..pastu jahit lencana pun bleh lupa..nasibla tie bebudak ni jenis instant..kalau tak jenuh melilit mak hang!


mak mak yang setia menemani anak sekolah..haritu saja straight aku berdiri tak duduk, balik rumah kebas lutut haha




susah angat budak ni nak makan breakfast..kalau mak-mak lain anak dah request menu nak makan so semangatlah sikit nak masak. Anak aku? Jenuh dok suruh makan..hai laaa


dulu mama cukup takut dengan buku hijau rekod pergigian tuh..mesti rasa berdebar nak luruh jantung nampak van klinik gigi masuk sekolah..haha

 
mak merangkap admin keluarga ;p

Aku memang apply long leave starting from orientation day sampai la first week of school session. Sempat jugak tuh menyelit balik Langkawi kejap..tau sebab apa? Sebab angkut semua 5 helai baju sekolah KAFA dan 5 helai baju sekolah kebangsaan untuk request mak tolong jahit lencana...hehehe takde la nak nyusahkan mak, tapi dah mak cakap bawak je balik so memang aku packing semua dalam bag lah gigih heret bawak balik walaupun berat oii. Mak aku ni former tukang jahit tau..dulu-dulu banyak ambil tempahan baju but now since she's getting older cuma yang dah selalu tempah je dia ambik. Kalau dulu aku berbulu je tengok budak-budak dok mai umah aku bawak selonggok baju sekolah suruh mak aku jahit lencana and mak aku caj seringgit je kengkadang..

On the first day of school session, masa ni parents di benarkan tunggu di kawasan sekolah untuk tiga hari. Jadinya kitorang start the day with sekolah KAFA..aku memang pilih sekolah KAFA di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Selangor instead of swasta sebab rasa terjamin sikit diselia oleh kerajaan. Kekdahnya masa sampai sekolah KAFA mak salah pakaikan sampin haha..overall aku suka je suasana sekolah KAFA sebab waktu persekolahan dari 7.30am until 10.30am..anak aku dah biasa bangun awal pagi soo no big issue on that..cuma ada la jugak terbit rasa kesian sebab pagi sekolah petang pun sekolah macam exhausted sangat..takpela Aqeil, kita try dulu ya..Mama dulu sekolah di Kedah takde pegi sekolah agama, so sekolah kebangsaan sesi pagi jadi balik petang membuta tido ;p

Dah setel ambil dari sekolah KAFA, bawak pegi makan lunch dulu then bali rumah tukar baju semua..rehat kejap and around 12.30pm hantar pegi sekolah kebangsaan pulak. Sekolah kebangsaan ni mencabar sikit sebab luas dan besar so nak kena guide kat mana toilet..kat mana kantin..kat mana koperasi and especially tempat perhimpunan. Masa first day agak chaous but next day dah okay.

Petang balik pukul 6pm memang aku dah sedia terpacak di pagar nervously waiting for Aqeil..mak risau anak sesat tak jumpa jalan keluar..poyo sangat! haha Dari jauh Aqeil cekap je nampak aku terus lambai-lambai..aku ni je berbuih mulut dok pesan kalau tunggu mama or Umi (my babysitter) if lambat ambil mesti tunggu dalam pagar, jangan keluar!



The next day semua dah kembali normal cuma until today while I am writing this, Aqeil still tak try lagi beli makanan sendiri di kantin dan jugak buang air kecil di sekolah! haha risau aku dok tahan kucil..Yang dia pandai dah tau apa? Beli pemadam dekat koperasi untuk main lawan pemadam dengan kawan..ohemjeee..mak tak ajar tau beli dekat koperasi kau dah start membeli haha and lagi aku rasa nak marah tapi kena control is...HARI HARI okay beli pemadamm..aku siap warning kalau main lawan pemadam if dapat banyak pemadam..kena pulangkan balik semula! setakat ni aku tengok pemadam dia seketul dua je takde bawak balik selimbun walaupun hari-hari beli ;p

And latest yesterday, balik dengan bibir pecah sebab kena ada girl tarik ajak main kot jatuh tersembam dalam kelas KAFA..aku tanya nangis tak? Dia cakap nangis hihi Aku ok je kalau setakat luka-luka macam ni sebab budak baru nak berkawan..takde la nak jadi tak tentu hala nak pergi serang budak / mak budak..cuma kalau serious sampai bertumbuk terajang bagai kena pay attentionlah takut kes buli..macam ni girl je yang tak sengaja kot tarik..alaaa Aqeil oii, girl pulak yang kasar ni cemana? haha

Ok till then, hope for your kind doa to pray for my speedy recovery later and the operation is doing good. Nervously waiting for my turn for laparoscopy....

Love, Me

No comments:

Post a Comment