Hai korang!
Puas hati tak dengan result Polling Day aritu? hihi I am not into politic that much tapi PRU-14 betul-betul give a huge impact untuk politik negara and yeah thank you Malaysian..you did such a good job for a better Malaysia, thank you again! PRU-14 kali ni menyaksikan Tun Dr Mahathir kembali memegang tampuk pemerintahan negara untuk kali kedua and yang bestnya, kali ni dia adalah YB Langkawi uollsss..hebat tak orang Kedah? hihihi cek bangga sat jadi orang Kedah, specifically asal Langkawi.
Sempena meraikan kemenangan Pakatan Harapan (wow terang-terangan menyatakan sokongan muahaha - well chill la, kita raikan persamaan and understand perbezaan gittew), jadinya moh ler kita balik ke Langkawi untuk bersuka ria bersama keluarga tersayang. Terima kasih jugak untuk company aku sebab observe 2 days public holiday - lagi sakanla bersuka ria.
Time kat Langkawi memang selain dari keja makan tido, ada la plan 1 day untuk ke Taman Buaya..seriously never in my life sepanjang aku stay di Langkawi untuk melawat Taman Buaya, tapi dek kerana si Aqeil dok meratib tepi telinga minta bawakkan ke Taman Buaya, ok moh ler...mak tak sampai hati kalau anak yang request..mak mithali kannn ;p
kaunter untuk pembelian tiket..ada pelbagai pakej combo disediakan, tepuk dada tanyalah selera..jangan lupa tepuk poket jugak tengok budget macam mana hihi
antara habitat tempat tinggal si buaya nih.
terkujat aku bila lalu tempat tinggal dia nih..tidoq sampai ternganga kauu..ada sebab kenapa buaya ngangakan mulut dier tapi maleh la aku nak kaji lebih-lebih haha mohon korang pi google sendiri naa
jangan disangka air yang tenang penuh kiambang tiada buaya yaa...dia dok sembunyi celah rimbunan kiambang tuh siap pakej bunyi mendengus..terus terimagine citer Primeval..korang pernah tengok tak citer nih? wajib gi tengok untuk rasa saspens kena kejar buaya
ok ni adalah kolam untuk buaya yang special case - dia bongkok..meh aku close up sikit gambar seperti di bawah nih
Nampak ke idok? tenung lah sampai nampak..
yang ni pulak buaya special case - dia takdak ekor..kira buaya OKU lah
ok now kita gi ke tempat photobooth untuk snap gambar with buaya - special request by Aqeil nak bergambar ngan buaya..
mula-mula dia suruh aku pegang - hey memang tidak lah yer kang tak pasal-pasal ngan aku ngan buaya pun melompat haha
mommy so proud of you sebab berani angat nihh! haha tak sia-sia spend RM 50 untuk bergambar sesaje..aku ni kalau anak yang request memang tak pernah lah say No..mudah tertewas dengan permintaan anak
lepas dah setel bergambar, Aqeil request nak fishing the crocodile pulakkk
untuk sebakul ayam - size baldi as pic above berharga RM 15..nanti dia ajar macam mana nak sangkut ayam and halakan pancing ke dalam sangkar crocodile..best jugak sebab siap melompat buaya tuh ngap ayam umpan si Aqeil..buaya semua kategori baby buaya yaa untuk fishing nyer aktiviti..aku rasa kalau bapak buaya dia tak ngap dah ayam kecik cenonet tuh..dia ngap kau terusss hahaha
kesimpulannya, Taman Buaya ni is a worth to visit and memang boleh masuk dalam itinerary korang if next time plan to visit Langkawi..sekali sekala beramah mesra ngan buaya pulak ;p
lepas dah setel bergambar, Aqeil request nak fishing the crocodile pulakkk
untuk sebakul ayam - size baldi as pic above berharga RM 15..nanti dia ajar macam mana nak sangkut ayam and halakan pancing ke dalam sangkar crocodile..best jugak sebab siap melompat buaya tuh ngap ayam umpan si Aqeil..buaya semua kategori baby buaya yaa untuk fishing nyer aktiviti..aku rasa kalau bapak buaya dia tak ngap dah ayam kecik cenonet tuh..dia ngap kau terusss hahaha
kesimpulannya, Taman Buaya ni is a worth to visit and memang boleh masuk dalam itinerary korang if next time plan to visit Langkawi..sekali sekala beramah mesra ngan buaya pulak ;p
Sekian cerita jalan-jalan kami ke Taman Buaya walaupun bahang panas pulau nih memang sakit kepala jugak la lepas tuh..puas hati mama sebab kau happy nak!
and oh ya, not too late to wish " Happy Teacher's Day" untuk cikgu-cikgu kat luar sana..mama siap beli hadiah Body Shop last minute untuk cikgu..hopefully cikgu suka lah yer walaupun bila tanya Aqeil nak bawak hadiah tak untuk cikgu? Aqeil taknak hadiah, Aqeil nak mama goreng nugget jerr haha
No comments:
Post a Comment