Pages

Wednesday, 30 May 2018

Anniversary Day - It's Already 7 Years!!

Rasanya tak terlambat nak wish Happy Anniversary to me and incik hubby as our anniversary was on 28th May 2018. Nasib tak lupa macam kejadian tahun lepas konon bizi sokmo. Diam tak diam dah 7 tahun mendirikan rumah tangga and terima kasihla kepada incik hubby sebab sudi terima aku seadanya yang 1001 karenah nih! hihi Kalau nak diikutkan bukan setakat 7 tahun kawen je, sebelum tuh lagi dah 7 tahun berchenta berdating-dating haha.
 
So sempena anniversary ni, mula-mula aku bagi hint nak purse chanel black lamb skin (chevron) tapi nampaknya di tolak mentah mentah sebab harganya sangat tak berbaloi kata incik hubby. Tapi aku rasa berbaloi jewww huh sentap la sikit dalam hati sebab memang all this while dok angaukan purse tuh. Tapi bila usha DUCK website ada launch Doily Duck nyer shawl & square sempena Lebaran bakal tiba ni, so yang ni dapat approval dari incik hubby. Alhamdulillah, thank you darling!

 
And lagi satu, nak wish jugak kat korang semua Selamat Berpuasa walaupun dah nak ke hari ke-15 puasa muahaha. Puasa betul-betul tau jangan olok-olok ;p Suka jugak bulan puasa nih sebab duit tak laju macam air keluar..kalau bulan biasa asyik makan sedap je lunch kat ofis sebab dok ikut pepatah biar bangkrap asalkan perut kenyang kikiki Meh aku persembahkan antara hidangan yang Berjaya aku masak sepanjang bulan puasa walaupun literally adala beberapa hari je masak and kalau nak tau, bulan puasa kali ni paling culas nak bangun sahur..tak tahulah kenapa penyakit M semakin berleluasa.. nak kata syaiton hasut, depa semua dah kena tambat..hurmmm ;p




and berjaya jugak menghasilkan sejenis kuih raya yang paling mudah - conrflakes madu, yang ni buat sama-sama ngan Aqeil. Jangan ingat ada anak dara je boleh buat kuih, anak teruna aku pun sibukk jugak nak buat kuih raya..haha. nasib hantaran untuk anak dara, kalau anak teruna ada hantaran, mama konpem caj mahal nih



ok daaa..dah takde modal nak cerita plus sakit perut makan nasi lemak sahur tadi pun tak setel-setel lagi..selamat berbuka nantiiii xoxo
 

No comments:

Post a Comment