- Backdated entry-
Haii korang. Hari ni dah Friday, yeay esok cutii!!
Haii korang. Hari ni dah Friday, yeay esok cutii!!
Kerja still ada je bersepah atas meja, tapi pura-pura tak nampak dulu lah sebab lebih kepada melayan emosi sendiri yang ada hari macam normal ada hari ribut gelora pakej taufan tornado haha
Sometime bila fikir balik, tak mudah sebenarnya menjadi seorang Farhana Rosly nih dengan ujian-ujian yang aku tengah hadapi and some of it I suffer it from a long time ago.Maybe dari social media selalu post gambar makan sedap-sedap, travel gi Europe lah, gi US lah pastu nampak semua macam smooth and easy je life..so apa lagi yang nak dipeningkan untuk difikirkan? Sejujurnya, lebih baik each of you sentiasa gembira dengan takdir hidup kita sebab tak semua yang nampak indah depan mata tu sebenarnya betul-betul indah.
Ada orang, definisi bahagia tu adalah bila dapat spend duit untuk beli semua benda yang diidamkan, dapat travel like setahun sekali or dua kali gi merata tempat, dapat makan kedai mewah sedap-sedap tapi ada orang, definisi bahagia dia adalah ada keluarga yang sentiasa sayangkan dia, makan pakai semua cukup walaupun tak mewah and hidup bersederhana.
Kadang-kadang dari pemerhatian aku, ada dua kelompok orang dalam dunia ni dengan ujian tersendiri :
(a) Kerja biasa seperti orang lain, gaji every month cukup untuk sara hidup dan keluarga and ada lebihan tak banyak untuk spend for kehendak yang lebih dari kemampuan and normally this group murah rezeki anak. Mereka mungkin tak kaya harta tapi kaya rezeki anak. And, yet they still be able to live happily together with their family
(b) Kerja pangkat besar and berjawatan penting, gaji lebih dari mencukupi untuk sara diri dan keluarga even boleh spend untuk melayan kehendak yang sebenarnya tak penting pun, and normally this group rezeki anak dia mungkin 1-2 orang. Yes, memang dia lebih dari mampu untuk sara even more kids tapi rezeki Allah mungkin setakat 1-2 anak je
Jadinya, aku pun tak pasti aku fall under which group, so let say intermediate lah hihi. Aku ada salary yang membolehkan aku mampu sara hidup aku dan keluarga aku, walaupun takde berjawatan CEO / boss besar di ofis. Aku mampu buat saving untuk travel ke anywhere in the world and aku mampu melayan kehendak Aqeil untuk spend more on toys. But yet, di sebalik segala yang aku ada yang orang lain kata patutnya dah boleh berbahagia tanpa masalah, sebenarnya aku adalah salah seorang yang diuji Tuhan dengan rezeki anak cuma seorang. Kalau cakap ni dekat orang lain, the best they could say " ok lah at least ada jugak anak" or " tak pe, usaha lagi kuat-kuat gittew"
Mungkin usaha aku tak cukup gigih, mungkin aku belum betul-betul ikhlas untuk reda ngan ujian ni, and mungkin jugak aku terlalu confident yang bila aku buat macam ni aku confirm dapat anak tanpa meletakkan 100% harapan tu kepada Tuhan..mungkinnn...tapi it really hurts me tengok orang lain easily dapat apa yang diorang nak while I have to struggle to get it...
Memberi nasihat itu mudah, mendengar nasihat dan cuba menerima hakikat itu sangat susah sebenarnya..you may think it is easy but wait till you are in their shoes...
ok sekian bebelan hari Jumaat yang penuh berkat ni..semoga aku terus kuat untuk face the challenge..hoyeahhh!!
No comments:
Post a Comment