Pages

Monday, 2 April 2018

Suprise Birthday Untuk Incik Hubby - Avillion Port Dickson

Salam korang
 
How's your Monday? Jangan masam-masam naa...Get rid off Monday blues ok and semoga semua happy happy sajokk
 
Bulan April nih actually my husband's birthday month. Isteri dia yang mithali ni sebenarnya fail sikit bab nak celebrate birthday sebab selalu isteri dia je yang harapkan surprise daripada dia and surprisingly semua surprise incik hubby untuk iols adalah sangat surprise..terror la you!!  tapi bila birthday dia tiba, aku yang tak pandai nak surprise ni akan belikan hadiah macam jam gear fit time jalan-jalan sama sama kat mall..haha sungguh tak surprise.
 
So this year, plan nak suprisekan incik hubby dengan celebrate his birthday dekat resort / water chalet so that ada kelainan sikit dari tahun tahun sebelumnya. I've searched via google untuk best water chalet dalam Malaysia tak termasuk Sabah & Sarawak and setelah baca review daripada Tripadvisor semua, nampaknya the best location yet nearer to Selangor untuk cuti 2 hari weekend plus easily accessible is Avillion Port Dickson. Kenapa tak pilih Lexis Hibiscus ke, Grand Lexis ke? ohh time aku search tuh harga bilik semalam dalam RM1k++ pastuh macam hipster sikit and tak cukup klasik..Macam Avillion nih ala-ala classic vintage nyer resort..sesuai la untuk jiwa umur 30-an nak raikan birthday ahakss..walaupun aku ni dressing jeans ada patches, baju sometime bedazzle tapi jiwa tetap jiwa classic gittew ;p
 
Jadinya, booking Premium Water Chalet via hotel website at http://avillionportdickson.com/. Korang kena pilih Avillion Port Dickson yaa untuk water chalet, bukan Avillion Admiral Cove. Dapat good rates at RM 750 per night and why Premium Water Chalet? Sebab bila choose Premium Water Chalet, akan dapat view overlooking the sea, bukan overlooking balcony jiran..a big noo..noo ni kan nak celebrate birthday aka honemoon lah sekali so mestilah nak view letops tengok laut supaya senang nak bercengkarama di bawah bulan purnamaaa...;p
 
Lepas tu, contact pihak hotel untuk special arrangement - room décor with flowers dekat katil sampai la ke dalam bathroom..wahh macam honeymoon lebih dari nak celebrate besday. Aku rasa macam nak sambut besday gegirl plak sebab selalu kalau ada room décor ni si suami yang arrange untuk celebrate wife hihi. takpe la sekali sekala treat ala-ala gegirl. Aku jugak ada isi Cake Form untuk order sebijik Black Forest cake with instruction - put in my hotel room on the arrival day. Ingat nak treat special lagi untuk hubby, so aku booking kan Gentleman Retreat Spa dekat Avi Spa worth RM 443.00
 
So dah setel semua arrangement and order cake, tibalah hari yang dinantikan. On 31st March gerak ke Port Dickson a bit late sebab lunch pegi makan kenduri orang dulu. Elok dah nak masuk exit ke Port Dickson, nauzubillah stuck jem kat situ haishh. Sudahnya kitorang sampai Avillion Port Dickson at 4pm kot. Check in at 3pm tapi ok lah lambat sikit. A bit rengsa sebab bila sampai parking area hotel dah penuh and kena parking dekat open car park opposite hotel, in which kau kena lintas jalan so agak bahaya kalau bawak beg macam pohon yang rendang plus nak heret anak pinak lagi
 
Time check in quite smooth and I have to pay for room decoration direct to the receptionist (worth RM 200). Masa ni macam blur sikit sebab harga room décor ni tak termasuk harga cake.tapi takpe aku positif yang maybe cake nyer price deduct from my bankcard. Dapat chalet access card with buffet breakfast for 2 pax and untuk guest yang menginap di Premium Water Chalet, dapat special invitation untuk evening cocktail di Avi Lounge which is strictly for adult 12 years old and above only. Our chalet located at Cochin area, which is in the middle and sangat superb sebab sebelah chalet kami dah ada Avi Spa and Avi Lounge..yeayyy!!
 
 
as expected - penuh taburan rose petals original and the smell ahhh..so harum!!..kalau dia boh yang plastic memang nak kena lastik haha

 
dalam bathroom pun ada deco..konsep open space bathroom..so sambil shower or berendam dalam bath tub boleh usha kapal terbang terbang dari atas setiap 10 menet haha



personally aku suka konsep open space shower dengan tiles ala-ala batu sungai nih..sungguh kedesaan gituuu


ada jugak rose petals atas lantai...hanya bertahan sekejap sebab lepas tuh bersepah kena pijak hihi
 
see that balcony? yess it's overlooking the beautiful not-so-clear sea..

 
suruh besday boy pose atas katil ngan anaknya..wherever mommy ngan papa pergi, sure kau tetap ada terselit ;p
 
ehh wait...where is my cake???
 
ohmaigod they have forgotten it..so no birthday cake in the room! I is so stress and terus malas nak contact F&B section sebab no point nak surprise dah. nasib just fill up the form and takde bayar lagi. kalau korang nak order cake from the hotel, kena isi a cake form which reservation kena buat 1 day earlier. tapi in my case, nampaknya dia dah terlupa cake aku..huhu..takpe sayang, nanti kita belikan kek lain yer bleh tiup lilin
 

ni kalau redup sikit dok lepak borak-borak sambil tengok sunset memang sangat ohsem..


sejenis manusia tak sabar nak terjun pool..oh ya Avillion jugak ada pool untuk dewasa and pool untuk kanak-kanak come with slide..dan dia berjaya pau apaknya belikan pistol tembak air nih dekat mall tempat orang kenduri tadi haha

 
yet not so privacy this balcony sebab still nampak balcony jiran sebelah *sigh*..memang la tak nampak balcony jiran dari depan, tapi ada beza ke kalau dari tepi pun ada balcony jiran..againnn *sigh*..haha..aku mengharapkan full privacy tapi nampaknya..harapan tipis untuk bercengkarama waktu malam
 

layankan budak ni mandi dari pukul 5pm sampai nak dekat Magrib..jadi jangan tanyala pasaipa mak hang tak jugak putih haha

patutnya time ni incik hubby ke spa sebab aku dah booking earlier, tapi since dah pukul 5pm and aku book aritu pukul 4pm, jadinya dah filled up with other person..so cancel lah spa..again kali kedua plan aku tak menjadi huhu tapi takpe lah boleh mandi pool sama-sama..hihi


  around pukul 6pm..pihak hotel ada sediakan free ice cream for everyone!! ada macam-macam perisa - bandung, jagung, cendol so aku amik perisa cendol..rasa sedap walaupun ice cream Malaysia je..jadilah at least free and budak-budak pun suka
 
oh ya baju swimming ngan seluar tuh semua beli last minit dekat hotel nyer kedai souvenir sebab aku tak bajet pulak tak leh terjun ngan seluar cotton and tshirt cotton..hai la farhana..you soo kampong meh! ;p
 
dah balik mandi, siap-siap pulak nak pegi Avi Lounge..since Aqeil below 12 years old, so aku ngan incik hubby gilir-gilir pegi..tak susah pun sebab Avi Lounge memang sebelah chalet kitorang
 


nice view from inside

view from outside..enteprem gambar depa pulak..aku nak amik pose sensorang tapi depa ni asyik dok lepak tak berganjak..

 
nice sunset spot...
 
 
untuk evening cocktail, ada complimentary 2 drinks per person..boleh order pilihan minuman..macam aku nak ala-ala Hawaii nih amik mocktail ada deco buah buahan nih..baru la kena tema..boleh pilih desert jugak
 
 
ni view Avi Lounge dari depan..atas is Avi Lounge and bawah is Avi Spa..
 
malam tuh kitorang decide untuk ke pantai and pegi Pasar Malam..
 


lepak tepi pantai makan durian sambil tengok orang ramai..ada yang bbq lah..lepak dating lah..berkhemah lah
 
 
and dia ni memang tak pernah fail dalam mengepau mama dia mainan..dari sekecik-kecik mainan sampaila ke piano besar gedabak tuh hishh haha
 
 
sampai chalet dah around 11pm..and surprisingly air laut surut and penuh orang dok cari ketam / siput kot sampai nak dekat depan balkoni aku..hey kamu orang!! macam mana nak bercengkarama nih!
 
punah harapan kang kalau teruskan jugak drama cengkerama ni kang tak pasal dapat surat saman pulak kerana berkelakuan tidak senonoh haha
 
aku berharap sangat kalau Avillion gazetkan surrounding dia as private area barulah rasa sikit privacy..kalau tak nak salin baju pun kena tutup sliding properly with tirai, kalau tak habeslah spentot ngan buah buahan kau jadi tontonan pencari ketam / siput...hihi
 
ni view aku dapat keesokan paginya untuk gambar si pencari ketam / siput
 
 
 
bangun je pagi terus boleh usha view laut...siap main piano..hado-hado sangat kau yaaa..best daybed nih sebab besar and memang Aqeil dibiarkan bergelimpangan di katil ini so boleh la mama ngan papa kat bed utama tanpa ganguan ahakss


ni kalau terror main ni nak request mama masukkan kau ke kelas Yamaha ke?? mama tanya jeee ;p
 
 
view depan balcony


view tepi sebelah kiri balcony

 
and view sebelah kanan balcony...see that's Avi Lounge
 

morning walk untuk breakfast..pakej room ni booking with breakfast so senang

 
 this is adult only pool..ala-ala infinity pool and all pool dekat Avillion ni open 24 hours
 

sambil jalan menuju ke tempat breakfast, eh eh nampak merak lah..lenggang kangkung senang hati pagi buta nampakkk


 
 introduce merak kepada Aqeil in case hang tak tau sebab asyik dok main game jeee..haha
 


bertuah pulak rasa dapat tengok merak ni kembangkan pelepah dia..hihihi


salah satu plus point aku pilih Avillion..ada pet farm!! walaupun tema nak celebrate besday and honemoon, kegembiraan anak tetap tak dilupakan..kena win win situation gittew

 
our breakfast selection of the day..banyak variety offered..tapi aku memilih local dishes while incik hubby go for western type
 
 
breakfast with this view outside...
 
dah setel breakfast, since feeding time dekat pet farm at 10am, so pagi masih muda, moh ler kita ke kid's cabin untuk aktiviti riang ria kanak-kanak
 

bukak pukul 9am until 11pm on weekend..macam-macam aktiviti boleh buat kat sini antaranya sand drawing, batik painting, kid's spa - facial, massage, manicure, pedicure tapi untuk kid's spa kena book 1 day early




ahkak so jeles tengok kid's spa nih..kalau la aku ada comel pipi merah seketol nih mau bleh jadi bff berspa together gether..


aktiviti pertama Aqeil pilih nak buat sand drawing worth RM 10..semua aktiviti berbayar ye


lepas tu proceed ke aktiviti kedua - batik painting worth RM 25...dah dia nak color so aku layan kan je



 
batik corak dinosaur - so colourful! cuma mama heran - awat dinosor hang bawah color oren atas kaler hijau??
 
tepi kid's cabin ni ada playground jugak
 


 
beautiful maintained playground - cukup untuk gembirakan kanak-kanak
 
ok now dah nak pukul 10am..so let's go to the pet farm!!
 
 
seronok dia dapat bagi makan rabbit..siap nak hukurkan kobis tuh jugak dekat ayam..sayang oiii..ayam makan patuk bukan kena suap hihi


nasibla rabbit ni memang lapar dok makan kobis Aqeil je..carrot ngan kacang panjang dah abeh orang lain kebas


kura-kura yang awalnya bersidai kat luar..bila nampak orang ramai terus semua terjun sembunyi dalam pond haha


 
the finale sebelum kita pi terjun pool, bagi ayam makan..good boy sebab tak takut ayam patuk makanan..kalau mama ni aku geli la sikit dok patuk atas tapak tangan
 
pet farm ni memang bersih and well maintained..again berikan kegembiraan untuk anak aku dan anak orang lain jugak
 
then sebelum check out, kitorang terjun pool satu round lagi and tepat 12pm, terus check out and move back to KL...

untuk incik hubby, Happy Birthday and I love you to the moon and back. and sorry kalau surprise ni takdelah surprise sangat siap pakej kek tak sampai and tak sempat nak buat spa sebab kita dah sampai a bit late..nanti I plan kita gi Maldives ke baru lah tak segan silu nak bercengkarama tanpa dikacau pencari ketam / siput ;p
 
overall I would say, Avillion..your hotel is such an amazing resort to us..despite all the negative / awful comments I've read from Tripadvisor - contohnya macam lantai kayu dah terkopak lah, water chalet bau lumpurlah..breakfast tak best lah..ehh yang pasal lumpur tuh, standard lah kalau air laut surut semua water chalet ada lumpur kat bawah. tak mungkin lah air laut pasang 24 jam tak surut-surut ;p kalau nak yang crystal clear pasir putih takdak lumpur mohon kau spend lebih la pegi Maldives nuh! sebenarnya komen komen tu dibuat oleh orang yang terlalu particular dalam mencari salah orang..to me, you are 5 star and you made both of us and my kid soo happy stayed here especially the wonderful premium water chalet..we are looking forward for our next stay in Avillion in the future...thank you for the great hospitality!

1 comment:

  1. CORUS PARADISE PRIVATE APARTMENT PORT DICKSON FOR RENT..(MUSLIM ONLY)-with lift

    FULLY RENOVATED APARTMENT..
    Fresh and brightly decorated for superb relaxation.

    Located close to Corus hotels,beaches view/above the water,PD town & Teluk Kemang.

    Shared pool and outdoor common area between Corus hotel & Corus apartment...

    The space
    Accommodates: 4+
    Bathrooms: 1+1 ( water heater)
    Bedrooms: 2
    Beds: 2+1
    Check In: Anytime after 3PM
    Check Out: 12PM (Noon)
    Property type: Apartment
    Room type: Entire home/apt
    Fully renovated apartment
    Each bedroom have a 2 singles/ 1 queen size bed.
    Kitchen is equipped with refrigerator, electric cooker, oven, and the essentials.
    Extra bed : 4

    No pork,No alcohol & No drugs allowed inside of the apartment.

    Rates per night :
    Weekdays : rm200
    Weekend : rm250
    Public Holidays/School holidays : rm300-rm350

    Safety features
    First aid kit

    Availability
    1 night minimum stay

    *Already removed every tile & replaced all & extended the master room & create additional bathroom. Original unit has only 1 bath.

    *5S CONCEPT

    Contact me:
    Che Norijan Binti Jamil
    019-2222777
    Direct owner

    ReplyDelete