Pages

Wednesday, 7 March 2018

USA Tips & Tricks (Day 4) - Grand Canyon Tour, Arizona

- Entry Post-dated -

Its a payday, yeay! trip aritu dah nak luak dah poket simpanan so now time to re-charge back..campur berdebar-debar dalam hati sebab dah masuk bulan March, an e-filing month omaigad..aku dah la beli share habeh semua lot tahun lepas, berapa la LHDN nak katok ni haha sempat lagi ke nak bodek PM Najib??
 
psst in real time by today actually aku dah setel buat efiling and selamat membayar kepada LHDN..berbangga menjadi antara yang terawal menyumbang balik kepada kerajaan "kesayanganku" ahakss...masakla rasa nak makan nasi bungkus tepi jalan melihatkan cukai yang kena bayar jadinya tak dapat la nak have-have makan udang flaming cheese kesukaan aku tuh kat Manhattan kerap-kerap haha..tapi nasib la aku memang dah anticipate amount roughly nak kena bayar and dah asing siap-siap sebelum terjerumus ke kancah shopping nak rebah di US arituh ;p
 
okay lupakan sekejap hal nak bayar tax tuh, meh kita sambung entry ke hari seterusnya. On Day 4, I've arranged for a Grand Canyon Tour specifically to cover West Rim side via GC Tours.
 
GRAND CANYON
 
Untuk pengetahuan korang, Grand Canyon ni terletak di Arizona - adalah kawasan ngarai atau steep sided canyon carved by the Colorado River. The Grand Canyon is 277 miles long, up to 18 miles wide and attains a depth of over a mile. Ianya terbahagi kepada tiga kawasan yang boleh dilawati which is West Rim, North Rim and South Rim.
 
 
South Rim - open all year. The most popular part of Grand Canyon National Park
 
North Rim - closed during winter. Popular among avid outdoor enthusiasts because of the remoteness of the area
 
West Rim - open all year. dekat sini ada eagle point, skywalk so mostly tourist akan choose ke West Rim
 
Macam aku plan asal nak buat road trip dari LA to Las Vegas and cover Grand Canyon as well tapi since mission road trip dah abort earlier, so kitorang engaged GC Tours for the Grand Canyon Tour. Ada macam-macam pakej boleh pilih - tour with helicopter, tour (west rim), tour (south rim), water rafting and sebagainya. Korang boleh je google and you'll see lotsa options.

Pstt..meh nak berbawang kejap : careful bila pilih option helicopter tour tauu sebab 2 days before we visited Grand Canyon, ada satu helicopter bawak pelancong Britain terhempas di area Grand Canyon..huuu takotnyaa aku. dah la kumpulan tu tengah celebrate birthday kengkawan dia.
 
Masa booking, tour agent akan email all the detail macam bus nama apa and pukul berapa kena tunggu depan hotel untuk pickup. Since Trump Hotel agak ke hujung so kitorang lah kena pickup dulu. Pagi tu bangun pukul 4.30am since pick up time kitorang at 6am...bayangkanlah sejuk giler tuh dok tunggu terpacak depan lobby pukul 6am..orang lobby pun dah tau ni mesti nak follow tour so dia nasihatkan kitorang lepak dalam dulu nanti bus tour sampai dia hello hello..ok baikk!
 
Bus sampai on time and selepas beberapa round kutip few others yang joined the trip from other hotel maka mohler kita start the trip!
 
Our tourist guide today - Mr Dwayne sangatla peramah, celoteh dia memang menghiburkan hati sepanjang perjalanan. Takdela sunyi bosan macam ikut rombongan sambil belajar gittew haha. Siap si Dwayne ni ajar kitorang cara-cara nak dapat duit banyak gambling dekat kasino konon tips tuh dia dapat dari pekerja casino muehehe
 
 
on the way road trip kitorang berhenti seketika dekat Hoover Dam - one of lokasi pengambaran movie San Andreas.
 
HOOVER DAM
 
Hoover Dam is a concrete arch-gravity dam in the Black Canyon of the Colorado River, on the border between the U.S. states of Nevada and Arizona. Hoover Dam impounds Lake Mead the largest reservoir in the United States by volume and its generator able to provide power for public and private utilities in Nevada, Arizona, and California.
 
 
besar gila empangan ni kalau jatuh lemas nih aku tak tau la nak cakap apa
 
kitorang berhenti about 20 mins and sempat la aku pergi kedai souvenir kejap and my husband sempat la jadi naga sebentar haha
 
lepas dah puas posing merata ceruk, kitorang sambung journey to Grand Canyon
 







 
Lebih kurang pukul 12.30pm selamat sampai ke tempat drop off point. Oh ya, dalam pakej nih includes BBQ lunch so mohler kita proceed ke checkpoint 1st - Hualapai Ranch via shuttle bus untuk have our lunch...Hualapai Ranch ni adalah perkampungan design ala-ala kampong koboi gittew
 
 





pilihan yang ada - ayam grilled BBQ, mix vegetables, mashed potato & large cookies!!

 
 muka ada senyum sebab perut penuh diisi..kalau lapar sejuk-sejuk ni rasa ringan je tangan nak lempang orang haha
 
abeh lunch, kita gerak ke point yang seterusnya
 
 










ahaksss..ala-ala macam baru semalam kawen yerrr...thanks Aqeil sebab dah pandai amik shot santek untuk gambar mama ngan papa

 
kedai souvenir - just beli magnet fridge sebab kalau nak rantai gelang dari batu di sini macam a bit pricey..and guess what? Aqeil cari diamond kat sini! haha..kau ni macam kak mah kan merata ceruk nak cari diamond
 
tepat pukul 3.30pm semua gather dalam bas as promised earlier..kagum aku semua orang punctual except for sorang dua yang tersampuk janji melayu delay 10 mins camtuh. And nak dijadikan cerita ada la pulak drama telenovela berlaku - kisahnya budak perempuan sorang ni (teenager) nangis teresak-esak dengar satu bas kot terus semua orang macam terpinga-pinga - like kau apehal???
 
kami tiga beranak yang kat belakang sekali pun bleh dengar and teruslah mode makcik bawang is ON! haha..aku jenis suka assume to the worst, so aku ingat boyfriend dia jatuh gaung Grand Canyon ke sebab tak sampai-sampai lagi kat bas???
 
ternyata sangkaan aku silap, rupa-rupanya Iphone dia hilang nyahhh
 
Dengan slang Spanish minah ni dok tanya orang lain ada Iphone tak..kejap ke couple belakang dia tanya..pastu eh eh ke belakang terus tanya aku:
 
Minah : Do you speak Spanish?
 
Me : Wow, do I look like Spanish?? (di dalam hati perasan muka ala-ala Rosalinda) Sorry nope
 
Minah : Do you have Iphone?
 
Me : Yes, but no connection
 
Ofcoz lah takde line kat kawasan remote area tuh..kalau ada pun nyawa nyawa ikan, camne nak call Iphone hang weii..aku roaming pun tak bukak
 
punggah..langsung sambung teriak..dia request soh driver bas tunggu sebab dia nak gi round balik semua checkpoint yang dia stop masa tengok Grand Canyon..tapi driver bus insist nak bergerak sebab it is unfair untuk other passengers yang dah planned earlier dalam itinerary should arrive at Las Vegas around 6pm..memang betul pun tindakan driver tuh sebab its your careless and everyone should not suffer from it..lagipun kalau kau nak round semua 3 -4 checkpoint akan ambik masa yang lama dengan nak tunggu shuttle bus lagi untuk ke setiap checkpoint pastu nak geledah cari lagi tambah-tambah winter season ni kul 4 dah nak gloomy gelap yaa..
 
and lagi laa dia sambung teriakk...takpelah buat-buat tak dengar je lah sambung tido hihi
 
ngah on the way, tiba-tiba aku dengar orang dok tepuk tangan...ohhh Iphone nya telah dijumpai entah terselit celah seat ke apa..ya rabbi kalau la driver tuh tunggu tadi dia pi cari kat semua checkpoint, alamatnya kami semua berkhemah overnight kat Grand Canyon semata-mata seketul Iphone haha
 
ok enough of drama telenovela and kitorang selamat tiba kembali ke Las Vegas - to be exact at hotel around 6pm.
 
Malam tu still jalan round-round lagi area The Strip for last chance sebelum esok mohler kembali ke Los Angeles
 

 
korang boleh cari kedai ni "Lobster Me" dalam one of the mall dekat The Strip..sedap nak mam! dia punya Lobster popsicle..siap repeat lagi walaupun sebatang USD 15 hahaha..pepatah mak "biar duit habes tangan janji perut kekenyangan" daaaaa
 

1 comment: