Dalam hidup ni, memang kita tak boleh lari dari membuat hutang, unless you come from a very rich family and affordable untuk have everything by paying with cash or ada orang memang rajin menyimpan and have enough cash to pay. Bagi aku, bila dah start sambung pengajian ke university pun kita dah terdedah kepada hutang yang pertama iaitu PTPTN. Since aku start with diploma then sambung degree, aku ada 2 hutang PTPTN - full term time Diploma and 1st sem time degree which sums up to RM 21K. Aku datang dari keluarga yang low income and masa tu pulak kesedaran menyimpan sangat tipis..so end up kena la apply PTPTN untuk support pendidikan. Am I a frequent loan payer to PTPTN? Honestly, masa tu bayar sedikit-sedikit ja and bila time sempit memang tak bayar langsung.huhu
Bila dah start kerja, of course nak ada kereta supaya senang nak pi kerja, so another loan untuk beli kereta. Usually tenure up to 7 / 9 years. Bila dah berkereta, ok dah mula minat travel sana sinun, so apply pulak credit card. Ni kes aku lah yer..since aku start with La Farge Cement ngan basic almost RM3K, memang mudah dapat credit card ngan credit limit yang wow..wow..wow cukup buat mata aku juling-juling haha
So untuk kes aku ni, every month aku ada fixed commitment to pay as per below:
- PTPTN (diploma & degree)
- Loan Kereta
- Credit Card
- ASB loan
Semua commitment ni adalah fixed, tak termasuk lagi commitment lain macam bayar babysitter, yuran sekolah anak, elaun parents, bayar tol, minyak kereta, belanja groceries, nak makan sedap2 and etc. So memang stress tu berterusan sebab bulan-bulan je luak jugak la gaji dok membayar semua ni. Incik hubby adalah financial advisor yang terbaik tapi aku jarang sangat follow his advice sebab aku ni lambat pick up..haha. Dah lama dia dok berleter / membebel suruh clearkan semua hutang bila ada duit..and end up duit aku terbang melayang pi travel jugak haha
Untuk tahun ni since dah menginjak 30 series plus aku pun ada la terfikir option kemungkinan nak resign sebab nak jaga anak and senang anak sekolah, so I have to settle all my loan while I still have my own income. First thing I did was to clear my loan with PTPTN. Sangat mudah sebab pembayaran boleh dibuat melalui potongan KWSP, so everything apply kat I-akaun KWSP and only proceed thumb print kat bank untuk pengesahan. Dah setel. Surat pengesahan bebas hutang dari PTPTN pun dah dapat..no more fear kena tahan kat imigresen time nak berjimba haha..kalau tak sampai last minute sebelum masuk airport pun check doploh kali semakan senarai hitam..takuuutt
Pastu loan kereta. Kereta ni pun dah tinggal roughly 2 years untuk bayar habis and yes, until today I still with Perodua Viva, no intention to change to any brand sebab aku sangat tak fancy kereta. Alhamdulilah sangat viva ni tak pernah menyusahkan I and tak pernah embarrassed me ngan rosak di tengah jalan and to have this yes, frequent maintenance is needed. Ada la berangan minat nak amik Toyota CH-R yang merecik hawauuu or Mazda CX-5 merah maroon bikin cair hatiku...tapi fikir-fikir balik, kereta ni ada depreciation value and not good as an investment, tambahan pula kereta kecik ni la yang banyak berjasa kat aku, bawak aku sampai ke ceruk hulu dulu2 cari kerja and senang aku nak bawak ke mana-mana..position and income might changed, but my love to you remains the same ecececece. Hutang kereta aku berjaya selesaikan habes bulan ni and yeay ada rebate walaupun RM800, its a deduction okayyy..legaaaa. In my case loan kereta with Hong Leong, so tak perlu balik langkawi untuk full settlement even sign agreement kat branch langkawi. Boleh setel anywhere yang ada branch Hong Leong
Credit card pulak..ni memang racun aku no.1. haha..pantang amount dia sekepuk camtu, selalu card ni bagai menyucuk aku suruh guna untuk beli tiket flight..saya mudah tertewas!! so cekalkan hati kuatkan iman, bayar terus bulan ni bila saving cukup and terus batalkan card..buat via phone jer..tapi aku perasan kan, bila call untuk batalkan card, suara dia yang lemak manis tadi terus macam lemak basi sebab macam tak puas hati ngan reason aku nak terminate..suka hati kau lah kak!
ooppss...ada satu lagi ya tak bebas iaitu ASB loan..tapi yang ni investment, so guna dividen hujung tahun jer bayar balik loan..so loan ni otomatik jadi pasif income sebab duit tak payah dikeluarkan and guna dividen every year jer bayar..loan aku tak banyak tapi ok lah kan sebab duit tak beranak sendiri unless ada orang bank in kan duit ke account kau muehehe or nak yang memberasangkan, sila lah invest!!!
Finally, I've waiting for this for a looong time..untuk bebas dari hutang! and yes I did it akhirnya...aku doakan korang pun akan berjaya selesaikan semua hutang dengan cepat with the right ways..insyallah.
No comments:
Post a Comment