Ni lah yang dinamakan rezeki terpijak..elok je aku masuk keja selepas seminggu MC due to miscarriage, first day lagi bos dah inform pasal ada meeting kat Korea nak kena attend..mula-mula aku buat tak tahu jer sebab jarang sangat bos nak hantar aku gi jauh-jauh ni..selalu dia je yang pegi..esok lusanya hah! konpom dia kata kena pergi..mula-mula ingat satu je meeting untuk current contract with one Client, rupanya ada lagi satu meeting with new Client yang nak urgent proposal..ok takpe..kita harus ready jah!
sebelum nih dah 2x aku beli tiket flight ke Korea tapi dua-duanya tak jadi abeh burn lagu tu ja..satu sebab beli awal sangat..tup-tup nak berjalan baru tau ngandungkan Aqeil..then satu lagi dah hampir-hampir nak fly, tetiba incik hubby bawak mai berita yang ibarat petir memanah..dia kena transfer ke Maynmar for 3 months...adudududu...keciwa bukan kepalang duit melayang macam tu je
so kali ni aku berbesar hati plus excited jugak la nak jejak kaki ke bumi Korea aka Kpop nih walaupun jiwa aku bukan jiwa Kpop..kimchi kaa..ramen kaa..bibimbap....dongibab....kipidap..semua tuh aku tak lalu makan..muahaha..saya peminat no.1 sambal belacan yaaa
ok ni lagi satu part nebes..bos cakap kena travel sensorang, nanti kat sana bos lain yang tunggu with driver..ok baikk..time ni la jiwa kental backpacker harus diapply..ingatkan kuat sekuat impian nak travel solo..rupanya..kecut jugak hati plus rama-rama dalam perut..konon acah-acah nak solo travel..puiiii haha..takut weii naik flight sensorang..aku akan imagine to the worst tauu..kejadian seperti dalam Air Crash Investigation kat National Geographic Channel mula berlumba-lumba menerjah kotak pikiran iols....huwaa takuuttt
flight aku ke Busan on Sunday at 1.30am..sudahnya malam Sabtu around pukul 9pm aku dah gerak ke airport..incik hubby and aqeil yang hantarkan. time aku nak masuk check in, si Aqeil selamber je babai aku and blah ngan papanya tanpa menoleh ke belakang..caitttt..aku ni tunggu la nak lambai2..nan hadooo
touched down Busan at 8.30am...penuh flight malam tu ngan ahjuma and ahjusi Korea..depa speaking Korean aja nooo..aku yang dengar terpinga-pinga rasa macam aku pulak PATI dalam flight tuh..legaa rasa bila sampai nampak bos and driver tu pegang signboard nama I..rasa divaaa pulak muahaha...kitorang terus menuju ke Geoje Island, tempat letaknya hotel dan jugak location both client..at least roughly 1 hour from Busan..sebenarnya island nih macam ala-ala Pulau Indah..tak jauh pun dari mainland and connected via many-many small bridge..bridge canggih2 tau..siap ada underwater tunnel..aku takleh amik gambar sebab drebar ni bawak laju giler macam pelesit!
aku doa je semoga selamat sampai hotel
finally da sampai!!! the room..very the spacious..ada hall..ada kitchen..level 4. nak masuk bilik tak payah kunci / card sebab touch screen and enter pin code je
sempat grab ubi masa shopping barang...time nak shopping barang ni ada satu kisah jugak. Kitorang berjanji nak jumpa local manpower supplier kat depan Lottemart..bila sampai jer, si supplier nih mamat korea yang boleh tahan jugakla rupa parasnya terus tolong amikkan troli and suruh aku masuk dalam shopping sebab dia cakap dia nak talk privately with my boss..aku pun was like..aikk hangpa ni ada deal under table ke? jeng..jeng..haha..elok je aku dah selesai amik barang, kalut ja dia ngan bos aku mai cari aku..
"sorry..sorry..I thought you are his wife..I supposed to talk to you as well"
amboii..amboii..tengok kulit laa..aku ni Beyoncee hokay..mana padan ngan bos..haha
jommm meh kita rasa tengok sedap ke tidaak ubi korea nih
"sorry..sorry..I thought you are his wife..I supposed to talk to you as well"
amboii..amboii..tengok kulit laa..aku ni Beyoncee hokay..mana padan ngan bos..haha
jommm meh kita rasa tengok sedap ke tidaak ubi korea nih
ni masa dinner bos belanja makan with all technicians yang tengah keja kat site..we opt for seafood
tomyam dia penuh ngan macam2 hidupan..siput sebesar2 alam..tiram..udang..sotong..siput buluh betung..semua ada lah..aku pulak naik sengkak nak habeskan..tapi fried fish dia memang terbaik..sodaaap
makanan korea ni aku perasan mesti ada side dishes macam gambar atas tadi..pastu rasa dia sepesen jer..aku pun tak tau nak describe camne
sesi luahan perasaan..berejam oiii tunggu depa ni buat luahan..haha..nampak tak ada soju (arak / tuak) Korean..femes air nih..tapi aku tak minum lah yer..aku minum Mirinda Orange jeww
kedai seafood yang kitorang makan..tokei kedai siap claim banyak artis pernah makan kedai dia tauuu..ermmm tak nampak pun artis yang aku kenal
yeayy..dapat jugak rasa banana milk! beli kat 7e depan hotel
ni lah kawasan hotel kitorang..kawasan berbukit...seriously boleh kurus kalau dok tawaf naik turun bukit nih..depan sikit ada pesisir pantai..
kat sini ada pondok security di mana ada notis tertampal kat situ " do not disturb the security during rest / sleeping hour 12pm - 2pm"...waahhh...kau hadoo??
the next day, attend first meeting with Samsung Heavy Industries..ni client baru yang request urgent proposal..kitorang gi untuk brief macam nak mana nak perform job and on myside, untuk bagi quotation, explain charging basis and contract matters..
fyi, Samsung is the biggest conglomerate in Korea..they do almost everything from the smallest electronic parts to LCD TV, Handphone, construction of major roads / highway, construction of ship, FPSO, oil and gas and etc
it was like a big town inside here..siap ada frequent bus shuttle
abeh meeting pun dah petang..lepak jap kat hotel and malam tu dinner with engineer je
aku tak tau ayam masak apa..agaknya mayonnaise and masak pedas...eleh pedas pun pedas manja2 jer..manis je lebih..tapi yang ayam mayonnaise tu sedaap
abeh makan, malam siapkan MOM and prepare quotation lagi untuk Client esok pulak..efficient sangat nih malam pun ngadap laptop
arini meeting with DSME (Daewoo Shipping Marine Engineering)..another Client and also biggest Competitor to Samsung..haha..actually only both of them yang ada di Geoje Island nih
Client nih dah ada existing contract, cuma ada issue on charging basis sebab deal ngan orang Contract yang spesis stone head nih bukan nak ikut apa yang kita cakap..dia nak jugak cakap kepala dia yang betoii..huh...tapi dia pandai cakap Kim Jong Un yang Korea Utara tu stone head..aku rasa dia pun sama stone head
pemandangan depan DSME sementara tunggu taxi mai amik...macam pekan Padang Matsirat jaa..tapi jangan underestimate tau..depa terer bab bina rumah kat hujung2 cerun..bukan ada sangat kawasan lapang..pastu tunnel banyak..setakat jambatan penang tu..design sama pun ada kat sini tapi just nak sambung Geoje Island ni ngan Busan je..which is very close distance
ni dalam Lotte Mart..yang tutup setiap hari Ahad minggu pertama dan ketiga..haishh..
esoknya balik naik flight pukul 10.30am..sempat la aku borong souvenir untuk family and kengkawan..
semoga ada rezeki aku untuk terjah Seol pulak nanti!