Pages

Thursday, 25 May 2017

Financial Freedom!!

Dalam hidup ni, memang kita tak boleh lari dari membuat hutang, unless you come from a very rich family and affordable untuk have everything by paying with cash or ada orang memang rajin menyimpan and have enough cash to pay. Bagi aku, bila dah start sambung pengajian ke university pun kita dah terdedah kepada hutang yang pertama iaitu PTPTN. Since aku start with diploma then sambung degree, aku ada 2 hutang PTPTN - full term time Diploma and 1st sem time degree which sums up to RM 21K. Aku datang dari keluarga yang low income and masa tu pulak kesedaran menyimpan sangat tipis..so end up kena la apply PTPTN untuk support pendidikan.  Am I a frequent loan payer to PTPTN? Honestly, masa tu bayar sedikit-sedikit ja and bila time sempit memang tak bayar langsung.huhu

Bila dah start kerja, of course nak ada kereta supaya senang nak pi kerja, so another loan untuk beli kereta. Usually tenure up to 7 / 9 years. Bila dah berkereta, ok dah mula minat travel sana sinun, so apply pulak credit card. Ni kes aku lah yer..since aku start with La Farge Cement ngan basic almost RM3K, memang mudah dapat credit card ngan credit limit yang wow..wow..wow cukup buat mata aku juling-juling haha

So untuk kes aku ni, every month aku ada fixed commitment to pay as per below:
- PTPTN (diploma & degree)
- Loan Kereta
- Credit Card
- ASB loan
 
Semua commitment ni adalah fixed, tak termasuk lagi commitment lain macam bayar babysitter, yuran sekolah anak, elaun parents, bayar tol, minyak kereta, belanja groceries, nak makan sedap2 and etc. So memang stress tu berterusan sebab bulan-bulan je luak jugak la gaji dok membayar semua ni. Incik hubby adalah financial advisor yang terbaik tapi aku jarang sangat follow his advice sebab aku ni lambat pick up..haha. Dah lama dia dok berleter / membebel suruh clearkan semua hutang bila ada duit..and end up duit aku terbang melayang pi travel jugak haha
 
Untuk tahun ni since dah menginjak 30 series plus aku pun ada la terfikir option kemungkinan nak resign sebab nak jaga anak and senang anak sekolah, so I have to settle all my loan while I still have my own income. First thing I did was to clear my loan with PTPTN. Sangat mudah sebab pembayaran boleh dibuat melalui potongan KWSP, so everything apply kat I-akaun KWSP and only proceed thumb print kat bank untuk pengesahan. Dah setel. Surat pengesahan bebas hutang dari PTPTN pun dah dapat..no more fear kena tahan kat imigresen time nak berjimba haha..kalau tak sampai last minute sebelum masuk airport pun check doploh kali semakan senarai hitam..takuuutt
 
Pastu loan kereta. Kereta ni pun dah tinggal roughly 2 years untuk bayar habis and yes, until today I still with Perodua Viva, no intention to change to any brand sebab aku sangat tak fancy kereta. Alhamdulilah sangat viva ni tak pernah menyusahkan I and tak pernah embarrassed me ngan rosak di tengah jalan and to have this yes, frequent maintenance is needed. Ada la berangan minat nak amik Toyota CH-R yang merecik hawauuu or Mazda CX-5 merah maroon bikin cair hatiku...tapi fikir-fikir balik, kereta ni ada depreciation value and not good as an investment, tambahan pula kereta kecik ni la yang banyak berjasa kat aku, bawak aku sampai ke ceruk hulu dulu2 cari kerja and senang aku nak bawak ke mana-mana..position and income might changed, but my love to you remains the same ecececece. Hutang kereta aku berjaya selesaikan habes bulan ni and yeay ada rebate walaupun RM800, its a deduction okayyy..legaaaa. In my case loan kereta with Hong Leong, so tak perlu balik langkawi untuk full settlement even sign agreement kat branch langkawi. Boleh setel anywhere yang ada branch Hong Leong
 
Credit card pulak..ni memang racun aku no.1. haha..pantang amount dia sekepuk camtu, selalu card ni bagai menyucuk aku suruh guna untuk beli tiket flight..saya mudah tertewas!! so cekalkan hati kuatkan iman, bayar terus bulan ni bila saving cukup and terus batalkan card..buat via phone jer..tapi aku perasan kan, bila call untuk batalkan card, suara dia yang lemak manis tadi terus macam lemak basi sebab macam tak puas hati ngan reason aku nak terminate..suka hati kau lah kak!

ooppss...ada satu lagi ya tak bebas iaitu ASB loan..tapi yang ni investment, so guna dividen hujung tahun jer bayar balik loan..so loan ni otomatik jadi pasif income sebab duit tak payah dikeluarkan and guna dividen every year jer bayar..loan aku tak banyak tapi ok lah kan sebab duit tak beranak sendiri unless ada orang bank in kan duit ke account kau muehehe or nak yang memberasangkan, sila lah invest!!!

Finally, I've waiting for this for a looong time..untuk bebas dari hutang! and yes I did it akhirnya...aku doakan korang pun akan berjaya selesaikan semua hutang dengan cepat with the right ways..insyallah.
 

Wednesday, 10 May 2017

Selamat Hari Ibu and It's Reward Time!!

 
Happy Mothers Day Gorgeous Mommy Out There!!!

Saje je upfront wish sebab nanti bila dah dekat Hari Ibu, anak-anak sure dok kalut suruh beli hadiah untuk hari Guru..kan Hari Ibu ngan Hari Guru almost dekat-dekat je..sentappp hati tauu kalau cikgu dilebih-lebihkan ibu terasa di pinggiran..macam si Aqeil ni, kalau pasal homework sekolah, tengah-tengah malam pun boleh terbangun teringat homework..punyalaa takuut cekgu..kat aku ni jeling dengan ekor sebelah mata je kan!
 
apa melalut pi homework ni?? haha..ok sebenarnya terkejut la jugak bila kat opis ngah bizi keje (pura-pura pun ada sambil curik-curik baca Beautifulnara muahaha) tengok2 ternampak wasap incik hubby masuk send image..aipp..noo..noo..bukan hantar gambar porno yaaa..haha..rupanya dia booking kan spa session untuk iolss lahh..haruslah kembang semangkuk seronok nak pi spa sebab sebelum ni ada la terpikir nak pegi tapi dok bertangguh ja..bertangguh bukan sebab apa..sebab dok pikir kalau masa cuti aku spend pi spa..kurangla masa nak spend jalan-jalan ngan Aqeil..aku ni ada sejenis perangai suka nak bawak Aqeil gi kedai mainan..macam kedai mainan baru bukak kat Tesco Mutiara tuh..dah peram lama dah nak bawak Aqeil tapi tak jugak sempat lagi
 
 
Ni la package spa yang dia booking kan..Pakej Ovary & Bust Treatment OR Body Massage & Body Scrub worth RM 48 for first trial..Genesis Spa located at Midvalley Boulevard Office - further landmark atas RHB bank..Incik hubby set up appointment on Sunday at 1pm then baru dia kata dia beli pakej tuh hmm good2..kagum jugak iols ingatkan dia tak terer beli guna Fave..sebab kalau spa or holiday kan kena call tanya availability ke tak baru beli

 
Sampai sana around 12.30pm..macam biasa kena fill up form and the lady served me with a cup of lemongrass tea..time ni dia tanya la aku nak buat ovary & bust or body massage & scrub..aku pilih body massage & scrub walaupun dalam hati gatal jugak nak cuba bust treatment..muahaha..sapa tak mau bust yang kalau jentik melantun-lantun.haha..ok to be honest, as part of brestfeeding mom, sagging is the scariest and worst issue ever happened!
 
Sesi body massage & scrub ni amik masa almost 2 hours and while me had a good pampering session, incik hubby bawak Aqeil gi main kat Kid's World dalam The Gardens..thanks darling sebab bagi I free me time!!
 
 
-image from Google-
 
The massage was OK with comfort aromatherapy oil..aku dah pesan takmo kuat-kuat sangat urut..body scrub is more likely a whitening scrub cuma kalau boleh iols prefer dia tenyeh kuat-kuat sket bagi abeh kuar sumer daki haha..abeh je session takde hard selling..so aku pulak yang dok terpengaruh ngan bust treatment, so sign up for next treatment..kihkih..jaga-jaga la nanti macam Pamela Anderson baru hampa jeles..;p
 
Tu je nak cerita pasal hadiah upfront Mother's Day saya..sebenarnya ada hadiah ke takde hadiah ke still satu je benda yang semua mommy out there nak..iaitu dihargai, disayangi  dan dihormati selalu..kannnn..kalau dapat hadiah tu kira bonus lah
 
Byeee...have a good day ahead!!