Hi korang
How's your CNY holiday?
Aku memang apply cuti since Khamis sebab parents and adik-adik nak lepak umah and jenjalan KL katanyer. Memula plan nak bawak my family with parents turun Melaka, sekali check waze on Friday's noon dah start jammed! Ohmaii..ngidam kuih keria antarabangsa nampaknya tak dapat ditunaikan lagi..hihi. Macam semalam bawak diorang lunch dekat Wong Solo Taman Dagang, amboiii licin pinggan semua makan. Bapak I yang a bit fussy pasal makan pun puji semua lauk dia sedap. His terung berlado is superb to me!!
Ok berbalik kepada tajuk entry, seriously that was a horrible experience to me. Korang rasa apa yang korang akan buat kalau in sudden terperangkap dalam lif?
Masa tu aku with Aqeil turun ke café condo untuk beli some groceries dekat minimart. Dah abes beli barang semua, then naik lif ke atas. sebelum naik tu, masa picit button nak naik memang lif tu ada di ground floor tapi dia taknak bukak2 walaupun aku dah press dalam 2 kali..then ok fine..aku tunggu lif sebelah yang still kat tingkat 21..tetiba lif yang bebal taknak bukak tu terbukak dengan sendirinya..whoaaa..aku pun tak tau kenapa aku insist untuk naik walaupun dah macam curious awat tadi takmau bukak ni galak nak terbukak pulak..
Ok takpe..lif naik ke atas smoothly and tiba-tiba....bunyi macam terhentak and terberhenti terus..,mujur lampu dalam lif tak terpadam. aku dah panic and mula la jadi tak keruan..tekan-tekan butang untuk turun ground floor pun taknak jadi..nombor level pun dah tak appear..dia macam static kat situ..huaaaa..aku takuuuuttt..teringat citer Ju-On..sesekali menjeling ke atas aku takmau kau tumpang sekaliiii..aku try call hubby pun tak dapat sebab of course lah line dalam lif yillek!
Aku pun try la tekan butang call and emergency..pun tak jalan..takdak sapa pun menyahut call tu..pastu loceng tu dok kerap berbunyi tapi macam useless..seriously I am frustrated!! Aqeil dah start nangis siap berdrama lagi..lagi la kepala aku ni macam jammed jugak..last2 almost half an hour jugak tetiba lif tu turun sendiri ke Level 1..ada Indian family yang press kot baru lif tu macam functioning balik.
Cuma yang aku nak emosi ni..apa kejadahnyer lah tampal no telefon untuk dihubungi sekiranya kecemasan atau button call tak berjawab kalau dalam lif tu takdak line and haram sape pun tak boleh nak dihubungi? You tell me please....scary tau and seriously aku dah trauma nak naik seorang or with Aqeil
tutup citer lif. haha..sempat lagi kan fikir pasal Ju-On segala..apolaa
And skunk ngah menghitung hari nak ke London..yeayyy..kawan aku pun dah start order barang mentah macam udang kering, serbuk cili..aku plan kali ni no more cute rice cooker and pek Brahim, just bawak maggi sebab hanya maggi yang lazat di makan begitu saja time2 sejuk gigil2 haha
Anyone want MK, LV or perhaps Harrords? hehehe
Since tomorrow is my birthday..haaa jangan lupa tauuu..aku dah printscreen and save gambar handbag idaman untuk di"claim" ..mohon incik hubby ada simpan sikit duit untuk hadiahkan handbag ke saya..haha..tahun lepas beli Cath Kidston and Ted Baker. Memula ingat nak jual Ted Baker sebab pakai sekali sekala jer, pastu jadi saying pulak sebab beli with a good bargain and some more quality dia memang tip top. Cath Kidston aku dah kurang minat sebab tote bag dia cantek cuma bila kerap pakai, kerap juga la color dier jadi faded and rubber area tali pun macam getah jatuh berguguran..huhu
And jangan tak tau..cek ada hati jugak nak usha2 portmeiron,..well..sindorm early 30's..
till then, have a good weekend everyone
No comments:
Post a Comment