It's September - bulan yang banyaaak public holiday bersahut-sahutan gituu..it just like one holiday gone then another holiday comes in..memula ada la plan nak apply leave in between Awal Muharram + King's Birthday and sambung terus ke Malaysia Day..amik kau 10 hari dapat free freeee tapi apakan daya, kerja bertimbun jugak kat ofis and kalau plan oversea last minute (cewah macam hado-hadooo) mau harga mahal melantun-lantun..so berangan je lah bedah sambil tongkat dagu di meja ofis terkelip-kelip mata tenung Skyscanner ;(
Mengenangkan this coming 17th September ni birthday satu-satunya anak aku, me and hubby mula plan untuk celebrate his birthday and we both agreed to buy a Kid's Go Free Package from Legoland. Trip ni dirancang untuk dilaksanakan time 4 hari free cuti berganti-ganti tuh, so jadinya early besday celebration untuk Aqeil.
Aku dok nampak promotion ni dok lalu lalang di wall FB and terus macam tertarik nak layari website Legoland itself to find out more tentang package ni..lepas dah baca semua, wah memang quite a good deal! Let me tell you what's inclusive yaa untuk our selected package :
Perjalanan ke Johor Bharu tidak lah straight sampai ke sana dari KL(mommy is the driver okay). On the way from Selayang jalan memang smooth but then dah mula stuck in jammed bila nak dekat Port Dickson, so we opted to deviate the route into Pedas/ Liggi and guna jalan kampung untuk access terus ke Melaka. Why Melaka? hihi mak nak buat trip food hunting ternak lemak lah sayang oii
Our road trip for food hunting begin with :
1st pit-stop :
Sabak Salai (tepi jalan)
banyak choices of lauk..not into masak lemak that much tapi ok lah sedap jugak
kat sini ada jugak jual jeli kelapa, tapai...
mak bahagia posing lepas makan - honest review rasa masak lemak daging salai yang aku cuba tu just biasa-biasa je..tapi since ada banyak variety of food so korang ada banyak choice untuk pilih..tepuk dada tanya selera lah yek
then, after 1st pit top, continue guna jalan kampung all the way through Kuala Linggi semua siap lalu jalan felcra penuh ladang kelapa sawit untuk sampai ke the next pit stop which is :
2nd pit stop : Klebang Coconut Shake
walaupun kena beratur, mak tetap gigih beratur demi coconut shake
aiseh...tgk gambo pun dah terbayang slurpp slurpp sedapnya coconut shake diaaa..
kitorang lepak sini kejap je then sambung ke depan for the next food hunting
3rd pit stop : Keria Haji Jalil Limbongan
Suprisingly the queue not that long - dalam 10 mins camtuh dah dapat keria 2 bungkus..tamak hoii beli sampai RM 10 dapat 17 ketoi kot..sekali makan beberapa ketoi then yang lain semut yg tolong makan kan...tu la kan..tamak sgt memang macam ni
ok then, let's move on bebeh...time ni incik hubby decide nak lepak dalam Mahkota Parade untuk cari baju sedondon so that weols pakai baju sama dalam Legoland gituuu..nasib ada Body Glove leh la fefiling couple merpati dua sejoli esokkk ;p
untuk dinner, kitorang decide nak makan ikan bakar dekat Ikan Bakar Parameswara..kira pelengkap acara food hunting for today lah
4th pit stop : Ikan Bakar Parameswara
sampai dah nak dekat senja, nasib la kami dapat tempat duduk cun hoii tepi laut
budak ni nampak ada jambatan kat atas paya bakau terus diajaknya aku menjelajah..
merenung jauh kau ya..terkenang buah hati ke?
teman suka-suki...tema gadooo...teman bebaii....teman shopping
ni lah port best kitorang..tepi laut angin sepoi bahasa beraromakan bau lumpur muahaha
haishh...semua sedap lah..ikan terubuk bakar tu walaupun kena kutil tulang halus tetap gigih meratah
abeh makan jom jenjalans ronda gerai-gerai tepi jalan
seterusnya perjalanan diteruskan menuju ke JB..asal tak stay semalam kat Melaka? maleh sebab kitorang plan nak terjah Legoland awal pagi esok
driving malam yang sangat mencabar especially malam lah banyak lori lori..aku pulak spesis silau malam, maka bertabahlah punya gigih tak pass baton bagi incik hubby drive
around 11pm kitorang safely arrived dekat Hotel 913, Taman Molek. Kisahnya hotel budget ni incik hubby yang booking konon konsep terjah time berhenti dekat RnR..booking hotel tak tanya pendapat iols tauuu..sekali bila aku tgk live depan mata..rasa nak tepuk dahi haha. sungguh bajet kauu...tak terjangkau dek akal mak
beg LV mak pun tak terkata apa-apa ;p
keesokannya, pose depan hotel bajet be like..amboii...macho sangat ya kau posing camtuh
view di waktu sebelah pagi - dengan mood cepat la nak checkout nak pegi Legoland. Sebelah hotel ni ada pusat urut, you jangan ingat i nak bagi you pegi ya paaa...;p
to start a day, we were having our breakfast di Kopitiam Kluang dekat area hotel jugak
his breakfast being called " Sarapan Gembira"..you see dat smiley
mak test twilliy baru dekat beg..twilly ni beli mur mur ja haha
yeah..the next destination is Legoland bebeh!
untuk hotel guest, boleh proceed for basement parking. time ni dah ada penampakan ramainya umat manusia
eventhough check in only starts at 4pm, we can proceed first to the check in counter for registration and left our luggage there..nanti dia akan bagi card for luggage collection
comel nyaaa tiang ni dalam isi lego-lego
it's definitely LEGO everywhere..memang anak korang termasuk anak aku boleh mabuk LEGO dalam nih..dekat lobby ja boleh ralit main LEGO while parents do the check in.memang riuh rendah la lobby ngan suara budak-budak
dah dapat details reservation semua..moh ler kita gi main dalam Legoland park dulu..lambat lagi oii 4pm nak check in
LEGOLAND PARK
sebelum masuk meh bergambar satu round
cuaca baik..so mana nak start dulu nih?
Build & Test - tempat ni korang boleh reka bentuk kereta korang guna lego ang test drive dengan track yang disediakan..aqeil suka betul tempat ni, kitorang spent dalam sejam gak ler
mama jadi tukang amik gambar dah dua orang ni sibuk buat kereta
dont judge book by its cover...jangan ingat mama tak tau buat kereta lego jugak yaa
tempat ni macam boleh main padamkan api kebakaran and pump kenderaan bomba / polis siapa yang paling cepat sampai selepas padamkan api
Aqeil pump gigih ngan papa...mama dah sengal betis so lepak tepi haha
mula-mula ingat game ni dia macam auto naik atas and turun bawah..sekali kau kena guna kekuatan tangan manually tarik tali untuk bagi naik atas and turun bawah muahaha..memang aku naik sorang tak naik la aku ke atas..dok tang tu jugak la
Ninjago ride - best sebab ada Virtual Reality
queue panjang gila..malas aku nak beratur, bila check Aqeil pun tak lepas nak main ni sebab tak cukup ketinggian
Wave Racer - nasibla mak naik sorang dah aqeil nak naik ngan papa nya
kingdom area..dekat sini ada dragon roller coaster yang bessttt..punyala aku melalak menjerit sampai nak terkeluar anak tekak..takot oiiii...anak Cina depan tu siap pusing belakang tengok aku..dia ingat aku ni gila sekejap apa haha
" Mama ni jangan jerit-jeritlah, bukan ada apa pun. Aqeil tak takut pun"
*pura-pura tak dengar mata pandang atas*
mama sejuk hati sangat tengok senyum lebar sampai ke telingaaa..hihi
show yang bagi aku biasa-biasa ja..kurang physical effect..setakat effect rembesan air ajee
draw my face - make it look like Beyonce okay?
LEGO train ride...
naik mainan pusing-pusing nih..maaflah mak tak terer nama game haha
tau tak main sauk itik ni je pun RM 30..hoiii berasap hati tengok depa ni
ni pun sama..nak jugak main baling ball nih sebab hadiah pisang besar gajah tuh. mau jenuh nak mengangkut tuh kalau tetiba menang
dah abeh lenguh longlai kaki semua, kitorang menuju ke cafe berdekatan untuk makan, main sampai lupa nak lunch ;p
harga agak pricey lah kalau makan kat dalam. Kalau rajin, bolehla keluar ke Medini Mall sebelah Legoland Hotel untuk makan KFC kaa..Burger King kaa..Absolute Thai pun ada tauuu
thena sambung last past - round kawasan miniature creature
dah nak dekat pukul 5ptg memang dah lemau lah..lipstick ke mana..tudung senget rambut nak terkeluar semua ada lah haha..jalan pun dah pakej nak seret kaki sebab betis dah kebas
jomla kita check in..jom2
sampai je lobby, proceed to Concierge untuk collect room card then bawak card for luggage collection. aku kan ala-ala datin, so request dia hantar beg ke bilik ahakss
our Pirate theme room...
double decker bed siap boleh tarik lagi tilam kat bawah..ada anak ramai syiokkk ni
peti rahsia bukan sebarang peti
atas safety box ni ada free sample from Drypers
too cute toilettries...siap ada dental kit for kids as well
see that spider?
ni la gunanya peti rahsia tu..simpan harta karun..gigih depa solve kan puzzle untuk dapatkan code
tadaaa..free Lego mini set and voucher
since package ni ada free bufet theme dinner, so pukul 6 lebih dah ready nak terjah Bricks Restaurant
masa sampai ni tak ramai orang lagi
ada macam-macam makanan...untuk macam ala-ala sushi nyer area, ada sashimi..salad salmon..prawn..tiram...ikan kod lah..depan dia ada selonggok air vitagen pelbagai perisa, buah-buahan..
ni kawasan kegemaran iols sebab ada banyak kek cute2..
untuk penggemar salad
roasted lamb kalau tak salah..sedaaaapppp
outdoor section - ada bihun sup, mee wantan, yong tau fu sup, laksa and etc
outdoor jugak - grill section. ada satar, udang grilled..sate ayam and daging dengan kuah sate sedap nak mam!
intro mula-mula..amik serba sikit..lepas tuh dah lupa diri sampai sengkak perut melahap
bukan acara makan-makan saja tau, diorang ada organize activity untuk kids jugak - like this night kids can learn how to make a pizza..
ready to bake!!
after 15 mins - ready to serve
pandai Aqeil masak pizza...
time nak makan pizza adalah jugak persembahan buat belon kreatif yang datang ke setiap meja
overall mak kasi 5 bintang untuk semua aktiviti time bufet dinner and also the food itself..sangat sedap and berbaloi-baloi!
and after dinner, ada lagi ya aktiviti di lobby hotel - iaitu acara drama play and also aktiviti with parents and kids
you can sit here all together with pyjamas...
selepas drama play, aktiviti dance with parents...lagu Meghan Trainor tak menahan..haha..lupa diri mak nak berjoget sama..
abeh je event cepat-cepat jadi orang 1st isi feedback form online - sebab dia kata ada hadiah
it's again a voucher..tapi voucher Legoland ni banyak yang untuk selected items and selected area
setel semua acara, balik bilik ja semua kepenatan tak sedar terus tertido. Aqeil paling eksaited today sebab banyak aktiviti dia boleh buat..nampak muka kepenatan tapi enjoy
keesokannya kitorang make use of the ticket for waterpark entrance pulak..tapi takde gambor lah ye sayang-sayang sebab phone semua simpan locker..kalau tak leh mak tayang swimming suit muahaha
mak siap dapat naik tube turun slide mcm dekat Sunway Lagoon..ala-ala vuvuzela tuh
dah petang sikit baru start nak gerak balik menuju KL...tu pun sempat lagi menyimpang masuk Pagoh sebab incik hubby guna google maps jumpa kedai ikan bakar sedap..kedai dia biasa je tepi jalan and sedap jugak la rasa..nasib keluar exit Pagoh dalam 10mins dah sampai kedainya..
kitorang selamat sampai KL around 12am..letih gilaaa tapi mengenangkan anak gembira jadinya semua letih tuh terubat jugakk...
sekian cerita short trip kitorang sempena 4 hari free holiday...entry ni banyak gambar mohon jangan muntah naa..;p
jumpa lagiiii xoxo