Pages

Tuesday, 27 February 2018

USA Tips & Tricks (Day 3) - Hollywood to Las Vegas

While still adjusting our mata untuk tercelik luas time orang LA dah bangun tido while orang Keyell baru nak lelapkan mata sangatla haru biru, end up until Day 3 aku ngan aqeil still mata Keyell and kitorang otomatik terjaga at 2.30am haha.Bila dah bangun tengah malam buta konfem lah perut berdangdut mintak makan and nasib la pek Brahim berlambak ada untuk dipanaskan dalam microwave - pilih ja nak Briyani Kambing, Nasi Goreng Kampung lai lai laiii
 
Today kitorang akan checkout rumah TD ni and akan make a move to Las Vegas baybeh!! A lively city that never sleeps and they called it - a sin city. ;p not to worry coz we were not committing any crime / illegal gambling there ;p
 
Untuk journey from Hollywood ke Las Vegas, plan asal was nak buat road trip. Aku dah siap kaji berapa lama, kat mana nak stop untuk R&R, berapa fuel consumption and berapa harga minyak per liter tapi tup tup...plan cancelled sebab since kami ni bertiga je and yang gagah perkasa bak badang cuma laki aku. Nak harap aku ngan Aqeil, kitorang pun gagah jugak la..gagah nak teriak tepi jalan mintak tolong haha. Seriously aku rasa aku kena consider jugak if in case car breakdown tengah jalan - let me remind you, the journey will cross a Mojave Desert from Los Angeles to Las Vegas so expect kiri kanan bukan view pohon rendang daun maple bertaburan ya sebaliknya kiri kanan view dia adalah gurun yang gersang huh
 
So misi road trip abort and pilihan yang ada next is kita naik Megabus je lah. haha..the journey was almost 5 hours and good thing is dalam Megabus ada toilet so kalau nak wee wee ngah journey no problem. Kalaun nak beli tiket Megabus nih better beli online awal 2-3months sebab nanti dapat harga murah..pastu boleh jugak untuk reserve seat or tak reserve seat. Macam aku yang jenis naik je bas " excuse me, ni tempat I, tepi sikit pliss...shuhh shuhh" haha so aku reserve siap-siap..boleh la kalau naik lambat pun tempat duduk tetap letops. Kalau korang tak reserve, sapa cepat dia dapat la seat best ;p

Cara nak naik Megabus ni from Hollywood, korang boleh pilih option either naik metro dari Hollywood & Vine Station and turun di Union Station (Patsouras Plaza)  or macam kitorang nak less hassle so kitorang amik Lyft. Union station (Patsouras Plaza) ni located dekat downtown LA.








Luggage allowance kalau naik Megabus is very strict and details given as per their website :

"Customers are advised that megabus will accept up to ONE (1) piece of luggage per passenger reservation. For guidance this must not exceed 62 inches when adding the total exterior dimensions of the piece (length + width + height) and should not weigh more than 50 pounds"

So pendek kata aku ringkaskan, sorang boleh bawak satu beg saja (size besar or medium aku nampak ada je bawak)..kalau kau bawak beg lebih dia akan caj dlm USD 30 kot per bag. Nanti sebelum naik dia akan susun beg kau and time tu dia akan check soranga da berapa beg. Mohon jangan nak mengelat ya

 
After about 5 hours plus journey campur berhenti rehat kat R&R, kitorang selamat sampai di Las Vegas. Bas akan turunkan kita dekat RTC South Strip Transfer Terminal. Boleh naik local bus kalau nak ke centre or macam kitorang since ada dua beg besar nak heret so order je lah Lyft. Nanti Lyft tu akan tunggu dekat luar terminal area car park sebab Lyft / Uber takleh masuk sampai ke dalam terminal.

Dekat Las Vegas nih kitorang akan menginap di Trump International Hotel. Haa bajet boleh jumpa Donald Trump salam laga pipi ke?? Memang tak la kan ;p Sebab utama aku pilih hotel ni adalah sebab tema hotel ni konsep luxury where interior design dari lobby sampaila ke bilik semua gold-looking..memang konsep mewah. Walaupun bilik yang kitorang booking ni Superior Room under package Vegas Retreat, tapi bilik dia sangat cantek and aku sangat berpuas hati especially dapat bilik overlooking The Strip


jacuzi uolsss...bath bomb beli dekat Lush store ada lagi tuh ahakss boleh buat parti buih ni




petang view dia agak suram..tapi bila malam wow penuh lampu-lampu sangat lively..dari bilik boleh nampak High Roller Las Vegas (ala-ala London Eye) located at The LINQ Hotel, imitation Eiffle Tower located at Bally's Hotel and many moreee




Harga semalam dekat Trump ni aku ada ceritakan dekat post preparation sebelum ke US, korang bleh refer kat situ. Location wise dia walaupun a bit off The Strip takpe no problem sebab dia ada frequent shuttle ulang alik ke centre The Strip..The Strip tuh adalah sebatang jalan yang memang sangat lively penuh umat manusia and kiri kanan penuh mall, club, tempat makan..kira memang hidup 24 hrs!

Our first night dinner - shell out Biryani Ayam by pek Brahim hahaha..tido hotel hado-hado makan kau nak jugak Brahim ya


Dah selesai perut kenyang, malam tu just jalan-jalan area The Strip menikmati our first night in Vegas...


Shuttle turunkan kitorang dalam Ceaser Palace - macam kenalkan tempat ni? ni la tempat Anita Sarawak pernah nyanyi dulu-dulu. Boleh di katakan setiap hotel mewah tepi-tepi jalan ni ada mall nya tersendiri even depan Trump Hotel pun ada Fashion Mall besar gilaa..Sephora kesukaan aku tuh lagi la bersepah-sepah and butik LV macam kedai Watson ada je di mana-mana...takdela aku shopping branded-branded pun sebab motif utama nak rasai suasana Las Vegas yang tak pernah tak happening tuh
 
Sepanjang jalan jugak akan ada mamat-mamat dok edar macam promo flyers..confirmlah promote strip club depa tapi flyers dia tuh tak leh blah guna gambar awek lucah yang mampu la jugak getarkan tulang rusuk laki ko ;p..kalau rasa nak sentap baik sentap siap-siap sebelum kuar jalan kepit tangan laki hahaha
 
Dah penat jalan, request balik hotel naik Lyft pasal kaki aku dah tak terasa lutut punyala banyak berjalan. Balik hotel around 10pm kena tido awal sebab esok kitorang akan follow one tour ke Grand Canyon..so stay tuned okay lalink!

Monday, 26 February 2018

Birthday Celebration - Sky Bar, Traders Hotel

Haii korang..kita pause sekejap entry trip US, nak bagi laluan entry besday tuan rumah hihi
 
Biasalah kalau dah sibuk dengan kerja ofis pastuh balik rumah sibuk melayan karenah anak ngan hal rumah nak memasak, mengemas macam mana la nak #siscuba untuk hapdet entry hari-hari without fail haha. seriously aku kagum kalau ada yang boleh update everyday sebab bagi aku 24 jam sehari ni kengkadang tak cukup! I need more time plisss
 
My birthday actually jatuh pada 30th January 2018..hurmm dah tua dah iols dah semakin ke tengah 3-series haha. But whatever it is, I tetap maintain jiwa ke arah jeans nak ada patches bunga-bunga ngan baju ala-ala permata bergantungan ikut trend uolsss ;p
 
 
 
pic taken at centre court Mid Valley pasal deco Christmas dia letops amatt bak hang
 
sempena besday akak ni, incik hubby pun ajak la weols dinner dekat Sky Bar, Traders Hotel near KLCC. Berbunga-bunga la hati kalau orang nak belanja makan nih. Ni kira seprais ke tak?
 
I tak expect pun incik hubby buat seprais untuk I sebab kang kalau dia buat seprais I jadi cenggini plak " ala sayanggggg..I tak expect la you nak buat seprais ni...serious tak sangka. terkejut tauu...romantikla you niii ahakkksss" rasa nak tumbuk muka sendiri pun ada dok cakap serupa awek cendoii ;p
 
Seriously its a must untuk korang try Sky Bar sebab yang paling best adalah view dia yang ohsem and letops especially night view..macam kitorang pergi dalam pukul 6pm jadi gambar agak kureng sikit
 



 
and food wise dia to me ok lah sebab walaupun makana tak mencapai tahap standard tekak iols, tapi dia telah berjaya memenangi hati akak untuk view letopsss tuh
 

cupcakes ni asal kejadian ni cantik comel beli dekat dalam KLCC..konon nak tiup lilin atas cupcakes..tapi kau tengoklah rupanya bila jalan bawak cupcakes serupa macam nak baling cupcakes ke laut haha



kitorang order set pizza with buffalo cheese...yang ni lawak pasal semua orang ingat pizza ni ada buffalo beef (baca tak habeh punya pasal) rupa-rupanya bila sampai ada buffalo cheese je..pizza kosong with cheese was like? huh and kitorang add in one bucket yang ada satay sekali..satay dia sedap!! walaupun makan di atas langit, tekak tetap nak yang Melayu yaa

 
dia ni betul-betul amik feel main game with this view...tepi seat nih ada swimming pool and aku cuak jugak lah kot si Aqeil ni bangun dari seat kang terjun dalam pool terus
 
kitorang celebrate nih sekali ngan my adik with her boyfriend..jadi ramai-ramai baru macam meriah sikit
 
 
thanks lalink for the treat..next time belanja makan lagi eh!

Thursday, 22 February 2018

USA Tips & Tricks (Day 2) - Hollywood (HOHO Bus, Farmers Market & Santa Monica Pier)

Hari kedua yang penuh energetic.. tak banyak plan aktiviti heavy..bangun je pagi terus decide nak round-round LA and Hollywood area using HOHO Bus. Boleh purchase HOHO bus ticket from website or kalau wait for last minute purchase pun boleh sebab banyak je counter kecik tepi-tepi jalan jual ticket tour ni

 
start a day with this super sedap breakfast - I love everything got to do with avocado..nyummeh. Omelette ni rasa dia memang letops sebab penuh ngan sayur + cendawan
 
 
 
morning ride around 10am kitorang naik bas depan Dolby Theatre..agak cloudy cuacanya so expect kesejukan ketara walaupun suhu range - 19 - 25 deg. Punyala pulun nak duduk seat atas konon dapat view LA secara menyeluruh and ohsem..sekali baru setengah jam jalan masing-masing dah tak senang duduk sebab sejukkkkk haha
 
Mula-mula kitorang decide nak turun dekat Beverly Hills / Rodeo Drive, tapi pening pulak eh aku ni kat mana dia nak stop sebab kadang-kadang dia macam stop tapi rupanya berhenti traffic light, sekali terlepas daa haha..on the way nampak la LACMA (yang ada tiang-tiang lampu kalau malam view dia letops tuh)...last sekali  kitorang decide turun dekat Farmers Market
 
FARMERS MARKET
 
Farmers Market - is an area of food stalls, sit-down eateries, prepared food vendors, and produce markets in Los Angeles, California.
 
Best weii tempat ni tak sia-sia aku dok google cari port mana best nak lepak-lepak..ada macam-macam dari port tempat makan (ada Singaporean stalls jugak), tempat shopping (ada Sephora, Coach and etc), boleh naik free tram ride and boleh tengok pertunjukan contoh macam kitorang nyer time ada pertandingan anjing tercantik gitteww
 
 
 
jalan sikit kedepan nampak pokok bunga cantik nih meh kita posing sattt
 
 
having our first lepaking port dekat Greek restaurant...
 
 
 
 
sotong goreng tepung cicah hancuran buah tomato..sungguh boleh potong selera. hello, chuols nih patut visit Malaysia tau and rasa kesedapan sos cili Kimbal haha
 




 
 
lepas abeh lepak and round-round sekeliling, kitorang jalan ke-depan sikit untuk ke shopping area..yahuuuu. first we hit Sephora!! Kat US nih aku tengok Sephora nyer kedai bersepah-sepah amcam Watson / Guardian
 


walaupun paper bag nampak kecik and too bad I cant use my membership card here to collect points arghhh - tanpa sedar ala-ala Elfira Loy gittew, tak perasan aku dah spent almost RM1000 for below items...huhu rasa nak nangis bucu katil bila tengok kuantiti yang dapat di beli dengan harga yang perlu di bayar haha. Dengar cashier sebut all together USD 250++..ingat macam RM250 kaa ;p

 
dah abeh macam nak rebah di Sephora, jalan-jalan lagi sampai Coach store. Harga memang murah tapi since ni retail shop, confirm lah harga kat outlet nanti lagi murah youuu
 
 

free tram ride to kill the time sementara tunggu mama hang yang dah ting tong pakej tak tentu arah dok dalam Sephora haha
 
 
bodek mama belikan dia spek mata baru..
 
and to my surprise lepas dah lenguh kaki dok round Farmers Market, incik hubby cakap nanti kawan dia datang pick-up bawak gi Santa Monica Pier..wowww kau ni merata ceruk negara even di Hollywod pun ada kawan ya..ala-ala PM Najib sangatttt.
 
SANTA MONICA PIER
 



 
patutnyat sini nak acah-acah nari ala-ala Britney - Sometimes dekat celah-celah tiang jambatan tapi nan hadolah kalau sejuk cengini haha
 
lepas dah abeh round Santa Monica Pier, terus jalan ke Third Promenade, tempat shopping jugak tuh haha
 


 
berhenti makan aiskrim sekejap
 
 
mommy dan Lush berpisah tiada...
 

 
kat sini jugak aku shopping jam Fossil untuk abah - boleh engrave nama dekat belakang jam secara free of charge
 
after that, kawan incik hubby bawak kitorang lepak makan dekat The Cheescake Factory area Third Promenade jugak - ya rabbi ramai gila orang and about half an hour jugakla queue sebelum dapat table. Dah kenyang makan semua and thank you sebab belanja kami makan, he then send us back home.
 
A piece of video as a wrap for today...