Assalamualaikum korang!
Diam menyepi lagii..update secoet senyap sebulan muahaha..ada banyak cerita nak story tapi bila angin pemalas tu menyerang, memang takde idea yang datang so terperukla semua gambar-gambar dalam phone tanpa penceritaan
Minggu lepas kan long weekend cuti sempena pertabalan YDP Agung, ari Jumaat tu dah berdolak dalih ngan hubby either nak balik kampong or just melepak kat rumah and short vacay somewhere dekat2 jer..hubby cakap ikut suka aku..aku pulak macam letih pun ada sebab mengenangkan jem nak balik mai KL nanti yang sure nauzubillah punya teruk..so cancel je lah balik kampong, postponed balik cuti hari Labor Day
So mohle memikir apa nak dibuat cuti 3 hari ni? Aqeil dah bising ajak jalan2..walaupun dia punya jalan-jalan lebih kepada nak pau aku beli mainan Lego..ok fine..jom jenjalan jommss!
Kitorang pilih nak camping dekat pantai PD...whoa..macam bukan aku je bila fikir balik..camping under hot sun was like??? errr..abehla hitam aku yang sedia bronze gold nih haha. Kitorang gerak around 9am, singgah Damansara Damai dulu pekena roti canai special Mahbub..sedap yakmats!
Pastu jeling kat bangunan sebelah - Kolej Pendidikan Awal Kanak-Kanak macam meriah jer..ada karnival keusahawanan rupanya. Nampak ada macam-macam and bila si Aqeil ni dah nampak ada Chichi Chacha atas pentas, ditarik-tariknya tangan aku ni nak masuk situ. Jom..jom..memang meriah pun wei siap ada booth untuk games kanak-kanak macam tangkap ikan guna tisu dalam mini pool, baling dart ke belon, spa ikan (Aqeil ada try nih) and lotsaa moreee..each games kena bayar dalam RM 2 / RM 3 per trial...kat bahagian tangkap ikan guna tisu tuh si Aqeil repeat sampai 3x kot..moga2 ikan tu tak trauma bau tangan aqeil haha
Pastu masuk pulak dalam mini zoo kepunyaan persatuan hidupan liar eksotik (I dunno dari mana)..per entry RM 8/ dewasa & RM 5/ kanak-kanak yeaaa..ada ular sawa kuning..ada raccoon..
pssst...untuk yang penakut ular, mohon scroll bawah laju2 sambil tutup mata..hihi
pssst...untuk yang penakut ular, mohon scroll bawah laju2 sambil tutup mata..hihi
Abeh semua nii dalam pukul 12 lebih baru gerak ke PD..aku dah bagi warning kat hubby kalau jem teruk nak ke PD, sila lah amik susur keluar Damansara and mereput la kita lepak kat The Curve sajokk..tengok2..eh eh eh..jalan clear lerrr...plan proceed! Sampai PD around 2pm..parking dekat area tempat pasar malam PD, pastu round-round kawasan..banyak jugak noh orang pasang khemah..since kitroang ni bukan peng"khemah" yang tegar..so kena la beli khemah seketul habuan nak bersantai pacak ngadap sunset..mahai gak RM 130 untuk khemah yang boleh memuatkan 2-3 orang..
jom selpiee sikittt
hangat lit lit nih la aqeil ngajak apaknya mandi laut ngan main pasir..abehla hitam korang muahaha..aku sebab takut hitam, duudk silang kaki je lah dalam khemah..spek mata itam kena pakai ajet2 paris Hilton
around pukul 6.30pm camtuh matahari pun dah nak sunset, moh ler kita bungkus khemah and gerak balik..ingat kan nak lipat balik khemah ni senang..rupanya..setengah jam jugak la kami memikir cemana la nak pusing-pusing lipat bagi kecik...dah siap balut, gi jenjalan pasar malam PD jap..tapi agak sadis bila dua2 poket kering sebab lupa nak draw duit and bila pegi kat PETRONAS yang ada pun mesin atm rosak..choiii...nasib ada baki2 ringgit boleh la beli kebab ngan air tebu huhu
pas singgah solat magrib kat surau berdekatan time kuar PD, ingat nak lajak betul balik KL..sekali tgk ehhh..ada surprise rupanya, incik hubby ni booking bilik kat Klana Resort, Seremban..murah sajok semalam RM100++
pas singgah solat magrib kat surau berdekatan time kuar PD, ingat nak lajak betul balik KL..sekali tgk ehhh..ada surprise rupanya, incik hubby ni booking bilik kat Klana Resort, Seremban..murah sajok semalam RM100++
Esok paginya ye kawan-kawan..kita berjemur mandi pool pulak yer...bagi saya yang dah hitam makin menuju ke arah legam..huhu..tak menyempat2 sampai takdan aku nak menikmati mee kari bekpes pagi..air mango pun tak habes segelas..kalut sungguh hang nih aqeil!
bilanya mandi dalam pool kanak-kanak, air takat kepala lutut ni sungguhla tak mencabar..siap aku berapa kali kena tolak tersembam dalam pool ngan bebudak yang seronok turun slide..korang ni kan..kang acik lemas dalam kolam budak-budak ni kang!!
dalam pukul 11 abeh mandi, siap-siap la nak check out pulokk..ingat nak terus balik KL, ehh idok ler ye bila Aqeil ni entah celah mana teringat durian, dok meratib sebut nak makan durian. Pastu dalam keta bila aku dok bagi direction kat apaknya, boleh pulak dia sound aku cenggini :
dalam pukul 11 abeh mandi, siap-siap la nak check out pulokk..ingat nak terus balik KL, ehh idok ler ye bila Aqeil ni entah celah mana teringat durian, dok meratib sebut nak makan durian. Pastu dalam keta bila aku dok bagi direction kat apaknya, boleh pulak dia sound aku cenggini :
Aqeil : Mama ni cakap banyak laaa..diam sikit boleh? bisingggg la Aqeil nak main game
Apaknya : Oii tak baik la cakap camtu kat mama
Aku (dalam hati) : ko tunggu la besar sikit..aku cabai-cabai kan mulut tuh! huhu..entah sape la mengajar..macam diajar2 kalau nak sound orang..dah la cakap tu terlalu jujur dan tulus..
Nasib jumpa orang jual durian tepi jalan time masuk Nilai..time ni la dia pun kalut nak kucil..aku bagi kucil kat tepi longkang and kebetulan longkang jernih ada ikan kecik2..dia dok cakap nak amik ikan tuh..ko ingat ikan tu tak trauma or pengsan kena hasil buangan ko?
Pasal durian, mujur sedap durian nih..amik D24 jeww..ada gak musang king tapi RM 45 sekilo..yang ni sekilo RM 35 pun dapat makan 2 bijik dah sengkak perot. Puas hati dah kan makan? jom balik! eh silap..jom la paaa kita pi Nilai 3 alang-alang dah masuk Nilai..ekekeke
Kitorang having our lunch kat kedai Sup Berdengung...my all time fevret sup bila pi Nilai. Makan sambil berpeluh-peluh sebab tempat kitorang paling hujung takdak kipas..sup dia thorbaikkk bagi tekak iols lerr
Dah abeh makan, nampak tirai / langsir cantik-cantik..pastu tengok kedai bhai kapet..aduhh..lawa jugak kapet! sudahnya, aku beli langsir baru untuk sliding door and kapet baru jugak untuk hall..si Aqeil ngan incik hubby pun sempat beli baju raya sedondon berdua. mama punya? ehh mama nak yang butik tau cap leeyana rahman yeee..hihi
dah abeh semua baru la boleh menuju pulang ke selayang dengan aman..haha..ada gak baca wasap kata paip pecah kat area rumah so takdak ayaq lerr, kitorang redah je lah, takkan nak spend semalam lagi kat hotel kot...aku rasa katil kat rumah tu lagi empuk dari katil hotel and bihun goreng aku lagi sedap time bekpes dari bekpes hotel..gitewwww
tamatlah kisah percutian singkat kitorang..no flight...no five star hotel...still enjoyable to us!
and ni alkisah apak si Aqeil yang bagi aku anak beranak ni sama je...suka nak mengata aku
time malam pas goreng bihun (kengkonon diet tak nak makan nasi)
Him : Papa rasa macam dah lama tak baca buku..rasa macam bodo sket dah
Aku : habestu mama ni yang dah berzaman tak pegang buku apatah lagi baca buku ni apa..bangang eh? - mood sentap-
sekian...babaiiii korang hihi