Pages

Monday 30 January 2017

Happy Birthday Sweet 31 to Myself!

Sebenarnya ada banyak benda yang nak diceritakan kat korang and berpuluh gambar still bartabur dalam phone gallery tanpa ada kesempatan nak story one by one..I've been super duper busy since last November 2016 and baru time-time cenggini ada sedikit masa untuk mengerah kepala otak berfikir untuk menaip sebuah entry haha
 
today just nak bagitau korang its my birthday !!!
 
 
 
sebelum2 nih ada la dok repeat kat telinga hubby mintak surprise macam selalu orang dapat surprise depa dok tayang kat FB tuu..alaa bukan aku mintak surprise naik limo or naik kapal layar ponggg..haha aku mintak surprise kek je takpun hantar delivery sejambak bunga ka..tu pun dah bleh buat hati cheq pom pom pom macam bunga api tauuu..tapi aku paham yang laki ku ada sebahagian dari genetic engineer yang kena bagi SOP and then only baru aku dapat..kalau dok terbayang dalam pala otak and bagi hint2 kias2 jer memang tak dapat la yaaa..dapat dalam mimpi haha
 
so nak dijadikan cerita, malam semalam last night before my parents balik Langkawi. Incik hubby ada la cakap nak bawak makan dinner malam kat Hot Pot King, Jalan Kuching kepunyaan kawan dia..aku on ja sebab memang sedap and affordable makan kat situ..ada steamboat ngan grill ala2 Seoul Garden.

gambar kat bawah ni yang aku pegi festaim bulan lepas kottt




Tapi kan, siang tu dalam kul 2 dia cakap nak gi pukul bola golf ngan kawan in which aku takde in doubt pape sebab dia memang kaki golf kat driving range Kota Damansara tuh
 
And then bila malam menjelma, pas Magrib semua dah siap2 nak gi tempat makan..sampai je owhh meja dah direserved siap2 and since aku yang masuk kedai and bergerak ke meja makan dulu, mamat kedai tu siap cakap "ye kakak..ada reserved meja atas nama Aizuddin..sekali ngan kek kan?"
 
 
ehhh terkujat mak tau..aku cakap ye lah kot tapi takde nampak bayang kek pun so takyah ambil pusing sangattt..cheq sedar hubby cheq lagu mana so takde la berharap pape..harapnye sayang aku sampai bila-bila ja ecececehh haha. Time makan pun semua pakat makan secara besar-besaran and aku rasa aku yang makan paling banyak malam tu..maklum la simpan perut petang takdak makan pape..haha..kambing perap dier is the best!! korang patut rebut ni banyak2 dalam pinggan dulu bila sampai tauu sebab selalu sold out and bila refill elehhh ciputt nauuu haha
 
kebetulan meja belakang aku ni dok celebrate birthday gak and tak semena-mena akak tu baik hati hulur sepinggan kek kat kitorang.."dik makan la..banyak kek ni.."
 
 aku pun colek la ambik sikit and edarkan kat parents and adik-adik...dalam hati sendu woii makan kek orang je di kala harijadi sendiri bakal menjelma..sedihhh haha..sedih simpan dalam hati
 
tiba-tiba...tadaaa...surprise!!!!
 
incik hubby datang bawak kek !!!


wowww...soo impress tapi keterujaan tu simpan dalam hati and terpaksa cover2 terkujat sebab segan depan parents sebenarnya..hahaha..dalam hati berbunga-bunga poppy gituuu.alaaa you niii I tak ajet tauuuu...tiup lilin  berdua ngan Aqeil and Aqeil paling kelakar sebab tak menyabar nak nyanyikan aku lagu birthday..good job dear!
 
pastu incik hubby bawakkan hadiah besday which is..a crossbody bag from Mango!! sebenarnya beg tu aku memang berkenan since last week masuk Mango..dok try pakai tapi tak beli pun sebab bajet nak beg dari London.
 
Rupanya, surprise semua ni adalah hasil pakatan abah and incik hubby. Petang yang kengkonon nak gi pukul bola golf tu pun sebenarnya keluar gi beli beg Mango and belikan kek aku..wuhuuu
 
neway it was such an exciting surprise and bertambah bahagia bila celebrate together with my parents..takdak apa yang lebih bahagia dalam dunia ni kalau bukan berkumpul bersama-sama suami, anak dan keluarga.



 
terima kasih untuk sambutan harijadi ke -31 yang besssttt ni..dah tua dah kan..hopefully semakin matang seiring dengan usia and terus sihat and bahagia bersama keluarga tersayang

Cerita Kuih Keria

ni salah satu entry tertunggak..aku memang penggemar no.1 kuih keria and memang bertambah minat lah selepas merasa kesedapan yakmats kuih keria Limbongan..terus forever rasa nak je makan keria..melampau!

disebabkan aku selalu sangat dok order keria online kat fb and kadang-kadang order kali pertama sedap..pastu dah banyak kali repeat terus rasa tak sedap macam kuih donut pulak aku rasa..padahal iklan claim 90% ubi 10% tepung..huhhh

so incik hubby ni jadi naik meluat tengok gelagat aku dok order jaa buat takmau..haha..sorry yaa aku ni masak lauk insyallh sedaap..kalau kuih muih kek segala ni macam ada badi sket..selalu in the end tak jadi or tak sedap huarghh..geng opis selalu jadi tester aku bila aku buat kuih and jadi bahan ler sebab pernah buat kek batik..dah 2x repeat pun tetap tak jadi siap pakej menggelongsor dalam tupperware..aper punya bebal la kau farhana oiii haha

so here we go..incik hubby pun mula nak tunjuk skill dia buat keria sebab dia cerita, dulu kecik-kecik selalu dok buat ngan mak dia..hamboii berpengalaman nih sure sedaap nii haha



haa ni helper free of charge..nanti mama letak hantaran tinggi lah time hang nak kawen sebab hang bleh buat bentuk keria dah huhu



tadaaa...cepat jer dia buat..terus siap sira with gula Melaka as requested oleh hakakk...kebetulan time dia masak tu ada cleaner mai cuci rumah..memang rezeki cleaner tu la dapat merasa keria dia sekali..bukan main melangit akak cleaner tu puji keria laki aku..siap cakap

"untung kauu dik dapat laki macam ni..sanggup tolong bini kat dapur siap buat keria lagi haaaa..sedaap keria nya..boleh buat jual dah nii dikkk"

ok baik makcik..pasni saya kena ikat dia jangan keluar memaner..takut orang lain nampak kat luar terus berkenan nak mengorat! oii cek tak rela tauuuu..walaupun kurus tetap sado di hati I tauuu

ok tu je nak citer..semoga ceria-ceria selalu and nanti ada masa kita bersiaran lagi naaaa



Sunday 29 January 2017

Terperangkap Dalam Lif..Omooo

Hi korang

How's your CNY holiday?
 
Aku memang apply cuti since Khamis sebab parents and adik-adik nak lepak umah and jenjalan KL katanyer. Memula plan nak bawak my family with parents turun Melaka, sekali check waze on Friday's noon dah start jammed! Ohmaii..ngidam kuih keria antarabangsa nampaknya tak dapat ditunaikan lagi..hihi. Macam semalam bawak diorang lunch dekat Wong Solo Taman Dagang, amboiii licin pinggan semua makan. Bapak I yang a bit fussy pasal makan pun puji semua lauk dia sedap. His terung berlado is superb to me!!
 
Ok berbalik kepada tajuk entry, seriously that was a horrible experience to me. Korang rasa apa yang korang akan buat kalau in sudden terperangkap dalam lif?
 
Masa tu aku with Aqeil turun ke café condo untuk beli some groceries dekat minimart. Dah abes beli barang semua, then naik lif ke atas. sebelum naik tu, masa picit button nak naik memang lif tu ada di ground floor tapi dia taknak bukak2 walaupun aku dah press dalam 2 kali..then ok fine..aku tunggu lif sebelah yang still kat tingkat 21..tetiba lif yang bebal taknak bukak tu terbukak dengan sendirinya..whoaaa..aku pun tak tau kenapa aku insist untuk naik walaupun dah macam curious awat tadi takmau bukak ni galak nak terbukak pulak..
 
Ok takpe..lif naik ke atas smoothly and tiba-tiba....bunyi macam terhentak and terberhenti terus..,mujur lampu dalam lif tak terpadam. aku dah panic and mula la jadi tak keruan..tekan-tekan butang untuk turun ground floor pun taknak jadi..nombor level pun dah tak appear..dia macam static kat situ..huaaaa..aku takuuuuttt..teringat citer Ju-On..sesekali menjeling ke atas aku takmau kau tumpang sekaliiii..aku try call hubby pun tak dapat sebab of course lah line dalam lif yillek!
 
Aku pun try la tekan butang call and emergency..pun tak jalan..takdak sapa pun menyahut call tu..pastu loceng tu dok kerap berbunyi tapi macam useless..seriously I am frustrated!! Aqeil dah start nangis siap berdrama lagi..lagi la kepala aku ni macam jammed jugak..last2 almost half an hour jugak tetiba lif tu turun sendiri ke Level 1..ada Indian family yang press kot baru lif tu macam functioning balik.
 
Cuma yang aku nak emosi ni..apa kejadahnyer lah tampal no telefon untuk dihubungi sekiranya kecemasan atau button call tak berjawab kalau dalam lif tu takdak line and haram sape pun tak boleh nak dihubungi? You tell me please....scary tau and seriously aku dah trauma nak naik seorang or with Aqeil
 
tutup citer lif. haha..sempat lagi kan fikir pasal Ju-On segala..apolaa
 
And skunk ngah menghitung hari nak ke London..yeayyy..kawan aku pun dah start order barang mentah macam udang kering, serbuk cili..aku plan kali ni no more cute rice cooker and pek Brahim, just bawak maggi sebab hanya maggi yang lazat di makan begitu saja time2 sejuk gigil2 haha
 
Anyone want MK, LV or perhaps Harrords? hehehe
 
Since tomorrow is my birthday..haaa jangan lupa tauuu..aku dah printscreen and save gambar handbag idaman untuk di"claim" ..mohon incik hubby ada simpan sikit duit untuk hadiahkan handbag ke saya..haha..tahun lepas beli Cath Kidston and Ted Baker. Memula ingat nak jual Ted Baker sebab pakai sekali sekala jer, pastu jadi saying pulak sebab beli with a good bargain and some more quality dia memang tip top. Cath Kidston aku dah kurang minat sebab tote bag dia cantek cuma bila kerap pakai, kerap juga la color dier jadi faded and rubber area tali pun macam getah jatuh berguguran..huhu
 
And jangan tak tau..cek ada hati jugak nak usha2 portmeiron,..well..sindorm early 30's..
 
till then, have a good weekend everyone
 

Thursday 5 January 2017

Pembuka Tirai 2017

"The Greatest Sorrow is to Remember the Happy Time"
 
Ever since I have been with the disease, selalunya aku akan duduk termenung sorang-sorang tak kira la kat mana tempat to just remember how beautiful my life it is in the past..not saying that today is not beautiful, still beautiful but sometime terlindung ngan kabus-kabus kemurungan..cewahh hihi
 
Sometime we take for granted of what we had, what we have enjoyed last time till it's taken away from us then only we know how to appreciate it..but sometime by the time we realized it already far too late.
 
ehh sori teremo pulak pembuka tirai 2017..hihi

amacam permulaan 2017 korang?

aku ok2 lek2 jer..tender pun dah makin kurang timbunannya..yang penting cuti nak pi London iols da apply siap2 walaupun bos cakap " eh macam clash cuti I"

aku heran jugak la awat time aku nak cuti dia kalut jugak..ropanya Thaipusam derr Khamis tuh..ishh rugi aku gi beli tiket katebang Jumaat malam..hurmm..tapi yang penting dia approve (5 tahun keje tak pernah dia tak approve)

Baju sejuk semua dah double check - yang incik hubby ngan Aqeil boleh ulang pakai lagi, cuma yang aku ni aku dah replace order kat Lazada siap2..2 helai tauuu..satu winter jacket nak jenjalan..satu casual winter coat untuk attend convocation..hah, baru terpikir aku patut jugak belikan Aqeil baju hensem untuk convo ala-ala mat saleh ni. Baju winter ni penting sebab takdak depa ni mau beku takdan keluar airport

Him : " Mana pi baju winter beli haritu?"

Me : " Gi la check dalam lemari..koyak kat ketiak!"

terus tak kata apa-apa sebab serius aku tak tipu..koyak besaaaarrr macam kawah bulan..hihi. aku pun tak tau kisahnya mcm mana ler boleh sampai terkoyak.

Settle bab baju, now dok collect order from my friend dari London kot2 la dia teringin belacan, asam keeping ka..hihi..aku plan nak jugak jumpa dia sekeluarga and lepak sesame macam tgk swan kat tasik area Hyde Park ke..aritu lalu luar je Hyde Park..dah kejung kaki nak langkah masuk plus kena menapak lagi bapakk luasss

Kali ni, macam biasa, travel insurance pun dah beli..biar spend lebih sikit sebab banyak dah kes sakit kat oversea and jadi kesulitan, and kadang-kadang kena rompak, bagasi hilang...so sediakan payung sebelum hujan.

Segala yang melibatkan booking semua aku dah setelkan...tinggal nak print and make it as folder plus buatkan sampul perbelanjaan everyday macam biasa (yang ni iols is tazabarrr)

And oh ya!

wish to share the good news - I've been promoted to a new designation with an increment

Alhamdulillah and aku anggap ni rezeki tahun baru

It's been 6 years - to count 2017 as well with Dialog and still bertabah bertahan cari rezeki di sini walaupun kengkadang emosi every morning rasa nak resign..haha

Till then, nanti free freee iols update lagi yer...